Rabu, 30 Disember 2009


Saya bersama kawan2 di hadapan Universiti Mu'tah,Jordan.hihihihi....dari kiri saya,Hafiz dan Fazlan.

Assalamulaikum,alhamdulilah maaf la lama xupdate blOg cZ banyak masalah yang x dapat nak di elakkan,hihihihi..........Setelah sekian mendiamkan diri,alhamdulilah dimurahkan reZeki untuk sambung belajar ke Bumi Anbia'. Nie gambar saya ketika berada kat Airport Kuwait, alhmadulilah selamat jugak saya di Bumi Anbia', mudah-mudahan Allah menerima semua niat dan nawaitu saya berhijrah ke Bumi Anbia' y berkati.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Sejarah hidup Tuan Guru Hj.Ab Rahman




Aku cuba cungkilkan sedikit sejarah Tok Guru pondok kat tempat aku belajar dulu yakni kat pondok sungai durian dalam daerah kuala krai..aku cuba taipkan balik semua sejarah hidup Tok Guru pondok aku yang mana artikel nie, telah pun menjadi tesis MASTER kepada menantunya sendiri yang jugak ustaz aku yang bernama Zainuddin Bin Che Seman (Abu Ammar).


1. KETURUNAN DAN LATAR BELAKANG KELUARGA

Nama penuh beliau Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman. Beliau lebih dikenali dengan panggilan “Ayah Haji”. Ayahnya Sulaiman Bin Kecik Bin Isa Bin Che Had. Emaknya Che Mek @ Salamah binti Hamat. Perkongsian hidup antara Lebai Sulaiman dengan isterinya, mereka dianugerahkan sembilan orang cahaya mata. Tuan Guru merupakan anak ketiga daripada sembilan adik beradik. Beliau dilahirkan di kampung Kenor, jajahan Kuala Krai, Kelantan pada tahun 1923M. Lebai Sulaiman iaitu ayah kepada Tuan Guru Haji Abdul Rahman berasal dari Kampung Keluat. Ia ter1etak di seberang Sungai Kelantan bersetentangan dengan Tangga Krai yang ada sekarang. Beliau dan keluarganya telah berpindah ke Kampung Guchil Lama, Kuala Krai. Tidak lama selepas itu beliau berpindah ke Kampung Sentul Lima, Machang. Dan kemudiannya beliau bersama keluarganya berpindah pula ke Kampung Dendang, Ketereh. Beliau meninggal dunia dan dikebumikan di sana. Beliau seorang tokoh agama yang berwibawa dan seorang qari yang baik bacaannya yang lebih dikenali dengan pangilan Tok Lebai Pak Da Sulaiman, Beliau pernah mendapat didikan agama secara formal di institusi pondok di Patani. Beliau juga berkebolehan membaca kitab-kitab jawi tetapi tidak boleh menguasai bahasa Arab. Semasa hayatnya setiap kali berpindah dan memulakan kehidupan di tempat baru, beliau mendirikan sebuah balaisah.


2. PERKAHWINAN

Tuan Guru Haji Abdul Rahman mengakhiri zaman bujangnya ketika berusia 33 tahun apabila melangsungkan perkahwinan dengan salah seorang daripada anak Tok Guru beliau iaitu Syeikh Daud al-Kalantani pada 11 Syawal 1375 bersamaan 23 Mei 1956. Semasa Beliau sedang menuntut di Mekah.


3. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan masyarakat Kelantan pada dekad-dekad sebelum merdeka lebih tertumpu kepada pengajian Islam secara tradisional. Ukuran kealiman seseorang itu dilihat pada tempoh pengajian, nama guru-gurunya dan kitab-kitab yang dipelajari. Boleh dikatakan kemuncak pengajian Islam pada masa itu adalah di Mekah.

ü Pengajian Di Tanah Air

Pada peringkat awal Tuan Guru belajar mengaji al-Qur'an dengan ayahnya sendiri. Pada tahun 1934 beliau belajar di Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Krai hingga tamat Darjah Empat. Dengan pencapaian akademik beliau yang cemerlang, beliau telah terpilih ke Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) STIC, Tanjung Malim, Perak untuk menjadi guru pelatih, tetapi tawaran itu tidak mendapat restu daripada ayahnya. Pada tanggal 5hb. Julai 1938, Tuan Guru telah dihantar oleh bapanya untuk belajar di Pondok Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang. Pondok ini ditadbirkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Jalal bin Abdul Raof dan dibantu oleh Haji Hussain bin Abdul Samad. Tuan Guru telah mempelajari dan mendalami disiplin ilmu nahu. Kitab nahu yang beliau pelajari ialah متن الآجرومية , متن القطر , متمة على متن الآجرومية , متن الألفية dan lain-lain lagi. Berkat kesungguhan dan kegigihan, Tuan Guru mampu menguasai pelajaran nahu dengan baik dan boleh berbahasa Arab. Beliau juga mempelajari kitab-kitab Fekah seperti Kitab مطلع البدرين, سبيل المهتدىdan lain-lain lagi. Setelah belajar di Pondok Paloh Rawa, Tuan Guru meneruskan pengajiannya di Pondok Kerawang, Pulau Chondong. Di situ beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Kadir selama enam bulan sahaja. Selepas itu Tuan Guru menyambungkan pengajiannya ke Pondok Kemuning, Machang. Di situ beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Wan Yusuff bin Che' Tengah selama setahun, kemudian meneruskan pelajaran di Pondok But, Kadok, Kota Bharu. Di sana beliau menerima pendidikan agama dengan Tuan Guru Haji Mohd. Nor bin Abdullah. Pada tahun 1949 pula beliau menyambung pengajiannya di Pondok Manabi‘ul Ulum, di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Di sana beliau menerima pendidikan dari seorang ulama terkenal iaitu Tuan Guru Haji Othman bin Jalaludin. Selama dua tahun berada di Pondok Manabi`ul Ulum, Bukit Mertajam, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi di Mekah

ü Pengajian Di Tanah Suci ( 1951-1957M)

Pada tahun 1951M ketika Tuan Guru Haji Abdul Rahman berusia 27 tahun beliau telah pergi ke Mekah dan belajar di Madrasah Dar a1-Ulum al-Diniyyah dan di Masjid al-Haram selama tujuh tahun. Di sana beliau mendalami berbagai bidang ilmu termasuk Syariah, Usuluddin, Tasawwuf, bahasa Arab dan Qira’ah al-Sab‘ah. Semasa belajar di Masjid al-Haram beliau sempat berguru dengan beberapa tokoh ulama terkemuka pada waktu itu. Di antara ilmu dan kitab-kitab yang dipelajarinya di Mekah ialah:

تفسير ( تفسيرالنسفي , تفسيرالخازن, تفسير الجلالين , الصاوي على الجلالين ) حديث (صحيح البخاري, صحيح المسلم , سنن الترمذي , سنن أبي داؤد , سنن النسائي , سنن ابن ماجة) توحيد ( كفاية العوام , البيجوري , الدسوقي) فقة ( حاشيتان للقليوبي وعميرة , بداية الهداية , أذكار النووي , إعانة الطالبين , البجيرمي على الخطيب , الباجورى على ابي قاسم ) أصول الفقة ( التمهيد فى تخريج الفروع على الأصول , المستصفى من علم الأصول , الإحكام في أصول الأحكام ) القواعد الفقهية ( الفوائد الجنية حاشية المواهب السنية على الفوائد البهية ) منطق ( إيضاح المبهم من معان سلم المنطق , حاشية الباجوري على متن السلم , تحرير القواعد المنطقية , التهذيب شرح على تهذيب المنطق والكلام) بلاغة ( التجريد على مختصر التفتازاني , الجوهر المكنون , حاشية الشيخ أحمد بن محمد الصاوي على تحفة الإخوان فى علم البيان ) نحو ( ابن عقيل , الأشمونى ) علم الفلك ( مختصر المهدن فى معرفة التواريخ الثلاث ) تصوف ( إحياء علوم الدين , منهاج العابدين ) فرائض ( النفحة الحسنية على التحفة السنية في على الفرائض , شرح حاشية على شرح متن الرحبية ) القراءآت ( المكرر فيما تواتر من القراءآت السبع وتحرر )



ü Guru-guru Tuan Guru Semasa Di Mekah

o Sheikh Muhammad Daud Bin Sulaiman al-Kalantani
o Sheikh Muhammad Mukhtar al-Kadiri al-Indonesi
o Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib al-Mandili al-Indonesi
o Sheikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani al-Makkio
o Sheikh Pak Da ‘eil al-Fatanio
o Sheikh Zakaria Bilal
o Sheikh Hassan Muhammad al-Masysyat
o Sheikh Hasan al-Yamanio Sheikh Sayyid Abbas bin ‘Alawi al-Maliki
o Sheikh al-‘Arabi al-Idrisi al-Maghribi
o Sheikh Muhammad Amin al-Kutbi
o Sheikh Noor Saif al-Bahri

4. SIFAT PERIBADI DAN KEWIBAWAANNYA

ü Gigih dan tabah

Tuan Guru adalah seorang ulama dan pendakwah yang berjiwa besar, beliau sanggup memenuhi jemputan masyarakat untuk berceramah di merata pelusuk di negeri Kelantan dan di beberapa tempat di negeri Terengganu terutama di daerah-daerah sempadan. Dengan hanya menunggang sebuah motosikal jenama Honda 90 c.c. sebagai kenderaan utamanya. Sekiranya tempat itu jauh beliau terpaksa bermalam di sana dan kalau berhampiran beliau pulang larut malam.

ü Tegas Dengan Pendapat Dan Pendiriannya

Tuan Guru terkenal dengan sifat tegas dan komited dengan pendapat dan pendiriannya terutama yang bersabit dengan hukum. Beliau tidak bertoleransi dengan pendapat yang bercanggah dengan pendapat beliau. Media eletronik seperti televisyen dan radio adalah ditegah dan dilarang sama sekali ditonton dan didengar para pelajar dan semua komuniti yang berada di pondok beliau. Dan sesiapa yang ingkar arahan peraturan itu akan diambil tindakan yang tegas, seperti diberhentikan persekolahannya bagi pelajar, bagi penghuni pondok pula mereka tidak dibenarkan tinggal di sini lagi. Beliau tegas dalam sesuatu hukum, seperti hukum menghisap rokok bagi beliau adalah haram berdasarkan nas-nas dan analogi di segi risiko kesihatan yang dialami penghisap rokok tersebut, sebagaimana diakui oleh pakar-pakar perubatan. Begitu juga dengan pendidikan anak-anaknya. Semua anak-anak beliau mendapat pendidikan awal bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat thānawi di Madrasah Muhammadiah, dan menyambung pelajaran mereka di Arab Saudi iaitu di Pusat Pendidikan Tinggi di Mekah dan di Madinah. Dengan keyakinan beliau semua anak-anak telah berjaya hingga peringkat Doktor Falsafah, sarjana dan sarjana muda. Beliau percaya dan yakin bahawa sesungguhnya pendidikan Islam sahajalah yang mampu membina tamadun manusia samada duniawi dan ukhrawi.

ü Tawaduk dan kuat beribadat

Kebanyakan orang yang mengenali Tuan Guru begitu juga anak-anak muridnya mengatakan beliau mempunyai sifat yang baik, tawaduk dan lembut ketika bercakap, beliau sering mengunakan kata-kata yang baik. Begitu juga terhadap anak-anak dan isteri. Kewibawaannya menyebabkan orang yang mengenali beliau merasa gerun dan hormat. Beliau tidak pernah menggunakan kata-kata yang kasar terhadap ahli keluarga dan sesiapa, apalagi memukul mereka, kecuali membabitkan undang-undang PSD. Dengan dihiasi sifat-sifat tersebut menyebabkan beliau amat dihormati dan disegani oleh masyarakat. Sebagai seorang ulama, beliau tidak suka menghabiskan masa dengan begitu saja. Setiap detik dari hidupnya dipenuhi dengan ibadat sama ada bersolat sunat, mentalaah kitab-kitab, berfikir mengenai permasalahan agama. Beliau amat mengambil berat mengenai waktu lapang. Pada waktu malam beliau sering bangun untuk bersolat tahajud, membaca al-Quran dan berwirid. Menjadi kebiasaan beliau bangun lebih awal sebelum subuh. Beliau juga tidak takabbur dengan gelaran yang dimilikinya. Bahkan beliau lebih suka kalau dipanggil "Ayah Haji". Beliau mempunyai hati yang tabah dalam mengharungi liku-liku hidup. Kesulitan hidup sepanjang menuntut ilmu di pondok dan di tanah suci banyak mengajar beliau untuk meneruskan hidup bersama keluarga. Tuan Guru seorang ulama‘ yang amat mencintai ilmu pengetahuan. Keseluruhan masa mudanya dihabiskan untuk mendalami ilmu pengetahuan dari para ulama‘ di Kelantan dan Mekah. Soal mendapat ganjaran kebendaan dari ilmu tidak pernah difikirkannya. Beliau tidak materialis. Bahkan segala hartanya diwakafkan kepada pondok. Kemuliaan sifat dan ketinggian peribadi Allahyarham menyebabkan beliau dihormati hingga kini walaupun 20 tahun beliau meninggalkan dunia. Beribadat adalah satu-satunya cara sebagai manifestasi ketaatan dan kepatuhan manusia kepada Allah Penciptanya. Kualiti ibadat itu berkait rapat dengan pendidikan dan ilmu agama yang dipelajari dan diamalkan oleh individu dalam kehidupan sehariannya. Di samping ibadat solat dan membaca al-Quran Tuan Guru banyak mengamalkan hizib dan selawat, beliau tidak mengikut mana-mana tariqat, kerana gurunya Sheikh Kadir Abdul al-Mandili memberitahu bahawa tidak ada guru mursyid sekarang. Beliau mengamal hizib yang diterima dari gurunya.

ü Pemurah Dan Dermawan

Sifat murah dan dermawan beliau dapat dirasai dan diakui sendiri oleh sebahagian besar anak muridnya. Sebagai contoh, salah seorang murid tuanya telah menerima sumbangan yang agak besar dari Tuan Guru untuk menjalankan perniagaan sebagai sumber pendapatan bagi menyara hidup keluarga yang sebelum ini mempunyai pendapatan yang tidak seberapa. Begitu juga beliau dengan ringan hati memberi sumbangan derma dalam jumlah yang agak besar kepada guru-guru dan kakitangan PSD bagi membuka dan mengurus sebuah kedai makan, di mana hasil dan keuntungan yang diperolehi dari jualan tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada semua ustaz dan tenaga kerja PSD sekitar pertengahan tahun 80an.


5. PEKERJAAN

Kerjaya beliau adalah guru dan sekaligus pentadbir Madrasah Muhammadiah sejak sekolah itu dibuka pada tahun 1958. Beliau menumpukan sepenuh perhatian untuk memaju dan membangunkan sekolah Itu. Madrasah itu ditadbir oleh sebuah jawatankuasa dan beliau sendiri mempengerusikannya. Organisasi ini mempunyai jawatankuasa kecil bagi mengemaskinikan jentera pentadbiran. Tuan Guru juga pernah ditawarkan jawatan Kadi dan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi kedua-dua jawatan itu ditolak kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian ke atas tugas murninya terhadap sekolah beliau.

6. PENGHARGAAN DAN KURNIAAN

Jasa dan bakti Tuan Guru yang dicurahkan sekian lama dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah telah mendapat penghormatan yang tinggi oleh baginda Sultan Kelantan. Oleh itu beliau telah menerima Pingat Bakti (P.B) dari Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan pada l0 Julai 1968 bersamaan 14hb. Rabiulawal 1388. Semasa hayatnya beliau pernah dilantik menjadi ahli anggota ulama‘ Majlis Ugama Islam Kelantan dan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pengasas penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri pada tahun 1965. Pada 17 Jamadil Akhir 1422 bersamaan 15 September 2001 dikurniakan anugerah Jasamu Dikenang oleh PAS negeri Kelantan sempena sambutan Jubli Emas peringkat negeri. Kemudian pada 23 Rabiulawal 1428 bersamaan 11 April 2007 pula Allayarham Tuan Guru telah diberi penghormatan oleh Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dengan mengisytiharkan Jalan Utama Sungai Durian – Chenulang dengan nama Jalan Tuan Guru Haji Abdul Rahman.


7. PEMIDATO YANG BERWIBAWA BERKARISMATIK

Bakat pidato yang ada pada beliau dititip dan dicanai semenjak di bangku pengajian suatu ketika dahulu digilap dari masa ke semasa. Justeru itu tidak hairanlah Tuan Guru tampil sebagai seorang pemidato yang berwibawa dan berkarismatik mewakili zamannya. Tuan Guru juga menggunakan peluang ini untuk mendidik masyarakat melalui media pidato dan ceramahnya. Para hadirin yang mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau tidak terasa bosan dan jemu walaupun mendengar berjam-jam lamanya. Nada dan gaya yang spontan serta diselitkan dengan sedikit jenaka berjaya memikat hati para penonton. Ceramah beliau banyak berkisar mengenai sirah nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai teladan. Di samping itu beliau mengkritik isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat yang bercanggah dan tidak menepati kehendak Islam. Keadaan sosial, ekonomi dan politik menjadi topik utama dalam ucapan beliau. Beliau bijak memanipulasi isu-isu semasa dan adat tradisi yang masih menjadi amalan masyarakat walaupun ternyata ia bertentangan dengan roh Islam. Meskipun perkara itu menyentuh sensitiviti masyarakat tempatan. Tuan Guru mewujudkan ko-kurikulum di madrasah beliau dan salah satu subjek dalam ko-kurikulum tersebut ialah bidang pidato dan debat. Beliau mendedahkan para pelajar method seni pidato dan debat secara teori dan praktikal.


8. PENTADBIR YANG CEKAP

Tuan Guru merupakan seorang pentadbir yang hebat dan cemerlang, kreatif dan berwawasan. Beliau bertanggung jawab di atas pentadbiran dan pengurusan madrasah sepenuhnya. Pada awal penubuhan sekolah dahulu hanya terdapat sebuah bangunan dengan dua bilik darjah sahaja dan tenaga pengajarnya cuma dua orang iaitu Tuan Guru sendiri dan saudaranya Haji Ismail. Namun beberapa tahun kemudian kemajuan dan pembangunan sekolah semakin dinamik dan progresif, sebuah masjid yang menjadi mercu tanda sebuah institusi pengajian agama berdiri megah mengisi ruang landskap madrasah itu dan sebuah bangunan sekolah tiga tingkat turut dibina. Beliau berjaya meletakkan imej dan prestasi PSD setanding dengan institusi- institusi pondok lain yang terdapat di negeri Kelantan. Reputasi beliau di segi pentadbiran dan pengurusan adalah hebat dan cemerlang kerana beliau sendiri seorang yang proaktif. Beliau sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk memajukan madrasah baik di segi pembangunan fizikal mahupun di segi spiritual. Maka tidak hairanlah pondok beliau menjadi pilihan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar agama. Para pelajar bukan sahaja dan negeri Kelantan bahkan ada pelajar daripada negeri-negeri lain di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Dan juga pelajar-pelajar daripada negara jiran iaitu Singapura, Thailand dan Kemboja.


9. BERKEBOLEHAN DALAM BIDANG SENIBINA

Beliau mendapat pendidikan formal dalam bidang senibina ketika belajar di Masjid al-Haram Mekah. Kebetulan pada masa itu masjid berkenaan sedang dalam proses pembinaan semula. Dengan berbekalkan kemahiran dalam bidang senibina itulah yang banyak membantu beliau dalam mereka bentuk bangunan masjid dan bangunan Madrasah Muhammadiah yang berdiri tegak masa kini. Bahkan dalam masa proses pembinaan bangunan-bangunan tersebut beliau sendiri turut menyumbangkan tenaga bersama-sama dengan para pekerja lain.Semasa bangunan Masjid ar-Rahman di PSD dalam proses pembinaan dengan tiang-tiang dan rangka besi, seorang pekerja telah memotong rangka besi tersebut kerana pada fikirannya rangka itu terlalu panjang tidak mengikut spesifikasi reka bentuk bangunan itu. Apabila beliau melihat rangka besi itu dipotong, segera beliau memanggil pekerja berkenaan dengan nada yang tegas. Beliau telah menerangkan kepada pekerja itu tentang fungsi rangka yang panjang itu adalah sebagai satu mekanisme untuk menguatkan struktur bangunan itu. Dan terpaksa diganti semula rangka yang telah dipotong itu. Kedudukan landskap bangunan-bangunan di PSD menarik dan cantik, Masjid ar-Rahman menjadi induk bagi bangunan-bangunan lain. Ia dibina di lokasi hadapan sekali dengan pintu masjidnya menghadap bertentangan dengan bangunan-bangunan lain di hadapannya seperti Pejabat Madrasah, bangunan-bangunan sekolah dan rumah Tuan Guru Haji. Manakala pondok-pondok penghuni yang terdiri daripada para pelajar dan orang dewasa terletak di suatu penempatan khusus. Pondok-pondok pelajar lelaki dan perempuan diasingkan, begitu juga mereka yang telah berkeluarga.

10. BERKEBOLEHAN DALAM BIDANG PENULISAN

Tuan Guru Haji Abdul Rahman merupakan seorang ilmuan yang berkaliber dan serba boleh. Bukan setakat dapat mengajar sahaja, bahkan beliau juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Antara hasil tulisan beliau semasa hayat ialah “Lawatan Ke Timur Tengah”, “jadual Dua Kalimah Syahadah” dan “Jadual al-Kalam”. Sekalipun tidaklah sebanyak buku-buku yang dituliskan oleh penulis-penulis masyhur yang lain, namun ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai bakat yang terpendam dalam dunia penulisan dan memiliki personaliti yang istimewa.


11. MENYANJUNGI DAN MENGASIHI GURU

Jasa dan pengorbanan guru-guru beliau amat disanjungi oleh Tuan Guru. Beliau menyedari bahawa sesungguhnya peranan dan tugas guru adalah besar dan murni. Islam telah meletakkan darjat dan martabat para guru sebagai pewaris kenabian. Walaupun beliau sibuk dengan tugas rutinnya namun beliau meluangkan sedikit waktu untuk menziarahi guru-guru beliau seperti Tuan Guru Haji Wan Yusuf Kemuning, Tuan Guru Haji Ahmad Kerawang dan Tuan Guru Haji Nor But. Rumah Tuan Guru Haji Nor di pondok But sering diziarahi oleh beliau. Hubungan beliau sekeluarga dengan keluarga Tuan Guru Haji Nor adalah akrab dan intim hingga kini. Sekarang anak-anak Haji Abdul Rahman masih mengunjungi dan mengziarahi keluarga Tuan Guru Haji Nor.


12. MINAT MENGEMBARA

Bertolak dari sebuah catatan Tuan Guru Haji Abdul Rahman yang dinukilkan dalam buku hasil karya beliau yang berjudul “Lawatan ke Timur Tengah”. Beliau telah mengungkapkan rasa hati dan impian beliau yang tersemat sekian lama untuk menziarahi tempat-tempat sejarah yang berkaitan dengan nabi-nabi, para pejuang Islam dan tamadun Islam. Beliau telah mencerita secara kronologi tarikh-tarikh lawatan beliau itu dan dengan gambaran yang menarik mengenai lokasi-lokasi tersebut. Di samping itu dilengkapi pula dengan gambar-gambar foto tempat-tempat dan bangunan-bangunan tertentu.

13. KEMBALI KE RAHMATULLAH

Kita sebagai insan makhluk ciptaan Tuhan tidak boleh lari dari hakikat dan rasional kematian, begitulah apa yang berlaku ke atas Tuan Guru Haji Abdul Rahman. Pada petang Jumaat 18 Februari 1988 beliau terjatuh di dalam bilik air di rumahnya ketika bersiap untuk solat maghrib, dan beliau telah dikejarkan ke Hospital Kuala Krai pada malam itu juga. Namun Allah lebih menyayanginya, pada hari Ahad tepat pada pukul 8.40 malam 4 Rajab 1408 bersamaan 20 Februari 1988 Tuan Guru telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan isteri, anak-anak dan keluarganya. Jenazah beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan Pondok Sungai Durian. Semoga Allah merahmati ke atas rohnya dan menempatkannya bersama para syuhada‘ dan salihin.


PENGORBANAN TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN


1 MEMBUKA PONDOK

PSD adalah satu-satunya pusat pengajian dan pendidikan Islam yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara tradisional dan moden. Ini adalah hasil cetusan pemikiran al-Marhum Tuan Guru. Walaupun cara ini berbeza dengan sistem pengajian pondok yang telah sedia ada. Tujuan beliau untuk mengatasi masalah pelajar di samping memaju dan memperbaharui lagi pusat pengajian pondok. Perjuangan Tuan Guru tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan diteruskan oleh generasi kedua iaitu anak-anak al-Marhum. Sistem pondok (tradisional) merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam terdiri daripada Ulama’ terkemuka, samaada dalam bahasa melayu (tulisan Jawi) dan Arab, manakala sistem sekolah (moden) pula mengkombinasikan antara sukatan PSD sendiri dan sukatan pelajaran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Pondok ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 4 jun 1958M bersamaan 10 Safar 1378H oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman, Hamzah Bin Jusuh dan Haji Muhammad Bin Haji Ahmad. Pendaftaran Pondok ini dibuat di bawah MAIK dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan nombor 134 (dalam MAIK), 365/68 (kertas MAIK). Sebenarnya Pondok ini telah diasaskan di Bukit Enggong Guchil Kuala Krai pada tahun 1957. Ia dibina dengan pertolongan dan bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan dengan binaan daripada kayu tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hasilnya pembinaan Pondok itu berjalan dengan lancar walaupun tidak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan. Pada tahun 1958 pondok itu terpaksa dipindahkan dari Bukit Enggong di Guchil ke Kampung Sungai Durian Kerana tidak mendapat persetujuan Pegawai Daerah Kuala Krai, Dato’ Che Lah dengan alasan lokasi di situ tidak sesuai. Tetapi mengikut pendapat lain antara faktor utama ialah lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi bilangan pelajar bertambah. Dulu ianya telah dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar yang terletak di Kampung Sungai Durian sejauh 3 kilometer dari bandar Kuala Krai atau 66 kilometer dari bandar Kota Bharu. Pada peringkat awal ia hanya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas yang terdiri daripada 2 bilik ruang pejabat, dan satu bilik disediakan untuk ruang perpustakaan serta 8 bilik darjah dan bangunan kantin. Tetapi kini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang dapat menampung keperluan pelajar-pelajar dan penghuninya. Kawasannya dulu hanya 4 ekar, sekarang telah bertambah keluasannya kepada 12 ekar, hasil dari pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.

ü Sebab-Sebab Penubuhan

a) Bagi mengatasi kepincangan dan kerosakan akhlak masyarakat dan kehidupan beragama mereka.
b) Untuk melaksanakan tugas kewajipan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar di kalangan masyrakat.
c) Bagi menyediakan ruang kemudahan masyarakat mencari dan menambah ilmu pengetahuan agama.

ü Tujuan Penubuhan Pondok

Falsafah dan matlamat penubuhan Pondok Sungai Durian adalah seperti berikut:
Untuk melahirkan satu generasi dari umat Islam yang boleh dan mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah SWT dan juga khalifah di muka bumi ini.

a) Memberi pendidikan kepada pelajar-pelajarnya ilmu yang boleh membawa mereka mengenali Allah SWT pada tahap yang dikehendaki oleh syariah Islam. Mengenali hakikat alam ini serta hakikat insan.
b) Untuk mendidik akal dan hati supaya memiliki ciri-cirinya yang sebenar yang diperlukan oleh sebuah masyarakat yang mana merupakan paksi yang kukuh dalam pembentukan peribadi muslim yang hakiki lagi berwibawa.
c) Untuk melahirkan para ilmuan yang mempunyai keperibabrian yang bersepadu, dengan itu maka mampu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan masyarakat melalui acuan-acuan Islam yang sebenar.


2. BERSENDIRIAN MENTADBIR PONDOK

Pondok Sungai Durian adalah sebuah institiusi pengajian sekolah pondok persendirian yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Kelantan. Ianya ditadbir secara bersendirian dan tidak tertakluk kepada mana-mana badan swasta ataupun kerajaan. Ia hanya ditadbir oleh seorang Tuan Guru dan beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik oleh beliau sendiri. Walaupun begitu Tuan Guru mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran. Boleh dikatakan inilah cara pentadbiran mana-mana institiusi pengajian sekolah pondok samaada di Kelantan atau tempat-tempat lain.

ü Ahli Jawatankuasa Tadbir semasa Tuan Guru

Bagi memastikan pentadbiran PSD berjalan dengan lancar, pada 8 Januari tahun 1973 satu Jawatankuasa Tadbir telah dilantik oleh pihak PSD secara rasmi dan telah disahkan oleh Majlis Agama dan Adat Isti‘adat Melayu Kelantan. Ahli Jawatankuasa Tadbir dengan keanggotaan seperti berikut: Pengerusi Ibrahim Bin Ya‘cub, Naib Pengerusi Hamzah Bin Jusuh, Setiausaha Tuan Guru sendiri, Pen.Setiausaha Ramli Bin Abu Bakar, Bendahari Ismail Bin Sulaiman, Pemeriksa kira-kira Abdul Rasid Bin Taib dan Yahya Bin Muhammad, dan Ahli Jawatan Kuasa Hj Sukri Bin Hj Yusuf, Abdul Ghani Bin Ahmad, Hj Tahir Bin Yahya, Idris Bin Hj Omar, Syed Nur Bin Hj. Che Ahmad dan Che Husen Bin Muhammad.

ü Murid –Murid Dan Syarat Kemasukan

PSD mengadakan syarat-syarat khusus bagi setiap pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian di PSD. kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti pengajian di sini ialah sekurang-kurangnya tamat sekolah rendah ataupun sekadar boleh membaca dan menulis, berumur tidak melebihi 18 tahun, mana-mana pelajar yang berumur 18 tahun ke atas akan diterima dengan syarat khusus. PSD akan memantau dalam tempoh dua minggu, sekiranya tidak meragukan, pihak PSD akan menerimanya sebagai pelajar rasmi. Apa yang pentingnya ialah minat dan kesungguhan pelajar untuk mendalami ilmu dan sanggup mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak PSD. Walau bagaimanapun pihak pentadbir telah menetapkan setiap pelajar yang ingin memasuki PSD ini terlebih dahulu diuji samada dalam dalam bentuk lisan atau bertulis. Aspek yang ditekan dalam ujian tersebut ialah kemampuan menguasai al-Quran dan tulisan jawi. Setelah berjaya dalam ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan di peringkat yang sesuai dengan kemampuan yang ditunjukkan.

ü Disiplin dan Peraturan

Bagi memastikan keadaan pelajar terkawal dan pelajaran berjalan lancar, beberapa peraturan telah diadakan. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan tersebut. Setiap kesalahan yang dilakukan dengan sengaja akan dikenakan tindakan yang telah diputuskan oleh pihak pentadbir. Peraturan ini meliputi aspek ibadat, di mana setiap penghuni PSD diwajibkan hadir bersembahyang secara berjama‘ah lima waktu di masjid. Begitu juga cara berpakaian, disiplin dalam pergaulan dan perhubungan dengan masyarakat luar. Kesemua disiplin-disiplin ini adalah berlandaskan ajaran Islam seperti berpakaian yang menutup aurat, tiada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam semua aktiviti.

ü Pakaian Seragam

Sesuai dengan keadaan PSD sebagai sebuah pondok madrasah yang ditadbir persendirian, semestinya ia mempunyai indentiti yang tersendiri dan bercirikan Islam. Ini jelas dalam pakaian seragam pelajar PSD. Semua pelajar diwajibkan mengenakan pakaian seragam sewaktu sesi persekolahan. Pelajar lelaki mesti berjubah dan berseluar putih dan berkopiah putih. Manakala pelajar perempuan pula diwajibkan memakai baju labuh (jubah) berwarna biru dan bertudung putih. Kesemua peraturan yang telah digariskan ini adalah bertepatan dengan ciri-ciri pakaian dan pendidikan yang disarankan oleh Islam.

ü Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Sistem secara tradisional (cara lama)
Sistem pengajian dalam bentuk ini amat diambil berat oleh pihak pentadbir, kerana ianya dianggap satu sistem yang amat berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Demi untuk memastikan para pelajar boleh menguasai pengajian itu, sistem ini mengambil kira beberapa faktor utama seperti:

Pertama: Teks pengajian mereka didedahkan dengan mempelajari kitab-kitab silam samaada yang dihasilkan oleh ulama’ di Nusantara atau ulama’ dari Timur Tengah.
Kedua: dari segi masa para pelajar diberi pengisian yang padat dan pengunaan masa amat terhad.
Ketiga: Begitu juga segala aktiviti mereka diawasi dan dipantau dari semasa ke semasa.

Kaedah pembelajaran tradisional :

Pertama: Mempelajari kitab-kitab silam. Kitab-kitab itu dibaca dari awal hingga akhirnya. Cara ini dibuat pada setiap matapelajaran.
Kedua: Setiap pelajar dibebankan supaya menghafal setiap matan dan mesti memperdengarkannya kepada guru masing-masing.

ü Masa dan Cara Belajar
Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu. Sistem ini berlangsung setiap hari dalam seminggu dan ia mempunyai jadualnya yang tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian ini diadakan di dalam masjid yang terletak di kawasan pondok.Cara pengajian aliran ini yang mana murid-murid akan membentuk halaqat-halaqat (bentuk bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, ataupun murid-murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu

2. Sistem secara moden
Pengajian secara kelas bermula dari kelas intiqaliyyah selama 6 bulan, 6 tahun ibtida‘iah, 3 tahun thānawiah dan 3 tahun āliah. Pengajian ini mengambil masa selama 13 belas tahun pada peringkat awal penubuhan sehinggalah Tuan Guru meninggal dunia. Sekarang telah diubah kepada 7 tahun sahaja tempoh pengajian,

ü Masa dan Cara Belajar
Persekolahan di PSD berjalan selama lima hari dalam seminggu. Bermula dari hari Ahad hingga hari Khamis. Setiap hari kelas akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari dalam jangka masa tersebut.



3. MENCADANG DAN MENGURUS PEMBINAAN BANGUNAN MARKAZ PAS KUALA KRAI

Bagi memastikan amalan dan ilmu Islam yang diajarinya dapat dipraktikan dalam setiap kehidupan masyarakat termasuk aspek politik yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan agama, maka tercetus difikiran Tuan Guru untuk mengada atau membina sebuah bangunan sebagai satu medan, ruang atau platform untuk merealisasikan hasrat itu. Justeru, pada awal tahun 80 an Al marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah mengambil tanggung jawab menulis satu kertas cadangan mengenai kos pembelian tapak, pembinaan dan kaedah kelancaran pembinaan sebuah bangunan yang dinamakan Markaz Pas Kawasan Kuala Krai sehingga siap tanpa penggunaan dan bebanan kos yang terlalu tinggi.

KESIMPULAN

1. Keikhlasan dan kesungguhan para ulama' terdahulu menjadi tunjang kepada kekuatan dan kegemilangan institusi pengajian pondok,
2. Keutuhan dan kemantapan akidah dan akhlak ummah akan terkawal jika institusi pengajian pondok dipertahankan,
3. Kesabaran dan ketabahan para pengasas pondok-pondok terdahulu memperjuang dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup melalui institusi pengajian pondok harus dijadikan panduan dan teladan,
4. Kelangsungan fungsi mulia institusi pengajian pondok akan terus terbela, jika pelbagai sektor masyarakat sama-sama membantu, berpadu tenaga serta berterusan memberi sokongan moral dan kebendaan.
5. Kemampuan Pondok Sungai Durian bertahan dan terus aktif dengan fungsi mulianya selaku pentarbiah ummah, pembimbing masyarakat melalui institusi pengajian pondok harus diberi perhatian.

Pondok Sungai Durian perkenal pendidikan moden



SEBUT saja pondok terbayang rumah kecil beratap rumbia macam zaman dulu dengan kemudahan yang terhad. Begitu juga dengan pondok tempat pengajian ilmu agama, persepsi sama diberikan terutama dari segi infrastruktur.

Hakikatnya, pengajian pondok kini sudah melangkah ke fasa baru apabila sistem pendidikan serta kemudahan disediakan walaupun masih di belakang sistem sekolah berasrama penuh lain tetapi usaha dilakukan membolehkan pusat pengajian itu hampir menyamai sekolah asrama.

Contohnya, Pondok Sungai Durian (PSD) di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai yang baru menyambut Jubli Emas penubuhannya 4 Jun lalu. Daripada pondok berkonsepkan tradisional, Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian kini bertukar wajah.

Penasihat PSD, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, selaras perubahan masa dan keperluan pelajar, sudah tiba masanya sistem pondok yang ada sekarang ini diselaraskan dari aspek kurikulum dan sistem pelajaran.

Katanya, sistem lama seperti pengajian kitab dari kulit ke kulit masih perlu diteruskan tetapi menggunakan pendekatan baru dengan memperkenalkan peperiksaan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Sistem pondok tradisional ialah mengaji kitab lama dari kulit ke kulit tetapi sekarang ini tanpa sijil pelajar tidak boleh menyambung pengajian. Oleh itu, pengajian kitab lama perlu ada ujian atau peperiksaan untuk mendapatkan sijil.

"Sambutan kepada pengajian pondok tidak pernah ketandusan. Maknanya masyarakat memang mengiktiraf sistem pondok dan kerana itu saya sarankan kurikulum dan sistem pendidikan di pondok diselaraskan bagi kepentingan pelajar," katanya.

Beliau berkata, PSD melaksanakan dua sistem pembelajaran iaitu sistem pondok cara tradisional dan sistem persekolahan mengikut sukatan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Sistem pendidikan tradisional diberi perhatian penting oleh pentadbir PSD kerana sistem itu berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Sistem itu mengambil kira beberapa faktor antaranya teks pengajian daripada kitab silam dihasilkan ulama di nusantara atau ulama Timur Tengah.

Kaedah pembelajaran tradisional ialah membaca kitab dari awal hingga akhir pada setiap mata pelajaran dan setiap pelajar diwajibkan menghafal matan serta mesti memperdengarkan kepada guru masing-masing.

Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu setiap hari mengikut jadualnya tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian diadakan dalam masjid pondok.

Cara pengajiannya, murid-murid akan membentuk halaqat (bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, atau murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu.

Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan moden yang diperkenalkan PSD berjalan selama lima hari seminggu bermula dari Ahad hingga Khamis. Setiap hari kelas bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari.

Katanya, pelajar akan mengikuti tujuh mata pelajaran dalam kelas menggunakan sukatan pelajaran disediakan YIK dan pihak PSD juga membuat sedikit tambahan dalam sukatan berkenaan untuk mengimbanginya dengan sukatan pondok.

Secara keseluruhannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah itu dibahagikan kepada tiga kategori umum iaitu Bahasa Arab, bahagian agama dan am.

Pelajar PSD akan menduduki tiga peperiksaan dalam setahun kerana PSD juga mengeluarkan sijil kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir sesi pengajian (Shahadah Thanawiah). Di samping itu, pelajar tingkatan empat diwajibkan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU) yang dikelolakan YIK.

"Cuma untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kita akan minta pelajar mendudukinya secara persendirian. Syukur, kebanyakan pelajar PSD yang mengambil peperiksaan SPM secara persendirian lulus dengan baik," katanya.

Beliau berkata, sambutan terhadap pelajar pondok tidak pernah ketandusan dan itu adalah bukti jelas menunjukkan orang ramai masih percaya terhadap sistem pendidikan yang dijalankan di pondok di seluruh negara.

Permintaan terhadap graduan lulusan pondok untuk berkhidmat sebagai imam, pendakwah dan guru agama membolehkan pelajar sekolah pondok mengembangkan kerjaya sebaik mereka menamatkan pengajian.

PSD menerima pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun yang berhajat menimba ilmu pengetahuan di sana. Hingga kini, ada 600 pelajar di PSD dan 350 daripadanya adalah pelajar umum.

Mengimbau sejarah penubuhan PSD yang diasaskan Allahyarham Abdul Rahman Sulaiman pada 4 Jun 1958, pondok binaan kayu itu awalnya dibina dengan bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan tanpa sebarang bayaran.

Asalnya pondok itu mula beroperasi di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke Kampung Sungai Durian kerana lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi dengan bilangan pelajar semakin bertambah.

Pada peringkat awalnya, PSD hanya terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas dua ruang pejabat dan perpustakaan serta lapan bilik darjah dan kantin. Kini, PSD dilengkapi kemudahan asas yang boleh menampung keperluan pelajar dan penghuninya.

Kawasan yang dahulunya hanya empat ekar, kini bertambah 12 ekar hasil pembelian tanah daripada jiran sekitar pondok. Sekembalinya Abdul Rahman Sulaiman ke rahmatullah, pentadbiran PSD diteruskan oleh generasi kedua (adik serta anak-menantu Allahyarham).

Selepas 50 tahun beroperasi, PSD melangkah maju ke depan dan mampu berdiri sebagai salah satu pusat pengajian tradisional yang masih bertahan sehingga sekarang. PSD turut menjalinkan hubungan dengan institusi pendidikan lain antaranya Kolej Sultan Ismail Petra, Kolej Darul Ulum di Kedah, Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah di Terangganu dan Universiti Al-Madinah Antarabangsa (Mediu) di Shah Alam.

Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan pondok sekarang ini melengkapi kekurangan yang ada terutama bagi mereka yang ingin belajar kitab dan mendalami ilmu agama dalam suasana lebih sistematik serta selesa.

Justeru katanya, PSD sentiasa berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur seperti menyediakan kemudahan asas bagi pelajar setanding sekolah berasrama lain yang mendapat bantuan kerajaan.

"Masih ada yang menggunakan pondok lama kerana asrama masih tidak mencukupi. Bagaimanapun, PSD baru melancarkan dana untuk menambah bangunan memandangkan pondok lama memang tidak sesuai," katanya.

Perasmian Letak Batu Asas Asrama Baru



Aku x tahu la pulak pada tanggal 16 Julai 2009, tempat yang aku menuntut ilmu selama 7 tahun nie, telah membuat satu majlis perletakan batu asas untuk pembinaan asrama pondok yang baru.

Maklum la kat pondok aku tu dah lama sangat berhajat untuk nak mendirikan asrama baru sejak aku masih belajar kat pondok lagi tau, tapi alhamdulilah pada yang tarikh bersejarah tu, tercapai jugak hajat untuk pembinaan asrama tersebut dengan dirasmikan oleh Tok Guru Menteri Besar Kelantan.

Aku berharap sangat2 agar pembinaan asrama tu siap dengan secepat mungkin tanpa adanya halangan dari pelbagai sudut.Aku berharap jugak mudah2an sumbangan yang diperlukan yang menyiapkan asrama pondok yang baru berjalan dengan lancar dengan adanya sumbangan orang ramai, ahli2 korporat dan juga x lupakan pertolongan daripada Allah s.w.t.

Kawanku ditangkap semasa demo ISA


Semalam jam menunjukkan pukul 9.30 malam, x tahu r nape tiba2 jer aku teringat kat kawan aku yang g demo ISA, x tahu r nape tiba2 jer rasa lain..Aku mengambil keputusan untuk menelefon dia, bila aku mendengar suara dia macam kesedihan jer, aku terus bertanya " kenapa min? ", dia gatu aku sekarang dia duk kat lokap, mungkin kul 12 t/malam nanti baru dapat kuar, aku terus tergaman apabila dia gtau aku macam 2...

Pagi tadi aku menefon dia untuk bertanya khabar macam mana keadaan dia sekarang? Alhamdulilah dia gtau semuanya dah selamat...mungkin 2 hari lagi dia sampai la kat asrama, kita sama2 la berdoa agar sape2 yang berada di jalan kebenaran semoga Allah s.w.t memberkati perjuangan mereka.

Maklum la untuk mendapat syurga Allah s.w.t bukannya senang, sedangkan sahabat2 Rasulullah s.a.w pun berjuang di medan jihad, ada yang syahid di situ selalu, ala kulli hal aku berdoa agar Allah s.w.t memberi mereka kekuatan yang kuat seperti para sahabat Rasulullah s.a.w.

W/pun aku x sempat g ke sana bersama sahabat2 seperjuangan disebabkan amanah yang terpaksa aku pikul untuk konvokesyen dan juga seminar feqh semasa tapi aku ingat la doa aku bersamamu....Takbir!!!

Jumaat, 31 Julai 2009

Sejarah Masjid

Masjid pertama

Ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.

Saat ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid tersuci di dunia.

Penyebaran masjid

Masjid kemudian dibangun di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara.Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit.Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak menirukan reka bentuk Visigoth, tetapi menirukan reka bentuk bangsa Moor.Para ilmuwan kemudian memperkirakan bahwa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.

Masjid pertama di China berdiri pada abad ke 8 Masehi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali di diubah pada abad ke 18 Masehi, mengikuti seni bina Cina. Masjid di bagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, dimana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan, di timur Cina, seperti di daerah Beijing, mengandung seni bina Cina.

Masjid mulai masuk di daerah India pada abad ke 16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.

Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, dimana pada saat itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki adalah Aya Sofya(Hagia Sophia), dimana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral.

Kesultanan Uthmaniyah memiliki karakteristik seni bina masjid yang unik, terdiri dari kubah yang besar, menara dan bagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Usmaniyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid.Sampai saat ini, Turki merupakan rumah dari masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyyah.

Secara bertahap, masjid masuk ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah, seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.

Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke 20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Serikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangun pada kurun akhir 1920an. Bagaimanapun, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Dimana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% dari jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan.

Sejarah Ibnu Sina


Ibnu Sina
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.
Sejarah dan latar belakang
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Sumbangan
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.


Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Tampal poster berjumpa abang polis

Satu pengalaman yang aku x dapat lupakan, nak di jadikan cerita semalam aku dengan kawan2 aku ditugaskan untuk menampal poster ceramah perdana untuk mengutip dana pelajar kat kawasan Ladang dan jugak Wakaf Mempelam tapi la pulak ceritanya tau, maklum la malam aku kurang sikit boleh bawa kereta, maklum la silau cahaya lampu kereta tapi disebabkan semua kawan aku xde lesen, aku terpaksa la jugak bawa kereta,hihihiihi....nak dipendekkan cerita waktu balik dalam pukul 3.30 pagi, aku bagi la kawan aku bawa kereta untuk OTH ( On The Way ) balik kat kolej, x sampai 5 minit dia bawa, adalah abang polis buat sekatan jalan raya, so apa lagi ktorg berdebar la sebab kawan aku yang 2 xde lesen, ph2 ktorg diminta ke tepi, dalam ati aku berkata x pasal2 aku dengan kawan2 kena duk lokap la malam nie tapi alhamdulilah dengan adanya pertolongan daripada allah s.w.t, ktorg terlepas daripada ujian abang2 polis tau,hahahhahaha....yang kelakarnya abang2 polis gtau, ktorg wat seludup beras dan mercun sebab bonet kereta rendah,hihihihi.. Ala kulli hal aku bersyukur sangat2 dengan adanya pertolongan daripada Allah s.w.t.

Sibuk sikit x sempat nak post nape

Salam buat sahabat2ku yang seperjuangan, maaf 2,3 ari nie aku x sempat nak post nape2 pun dalam blog aku, maklum la sibuk sikit duk cari sponsor untuk semua program kat kOlej aku dan juga buat persediaan konvokesyen & seminar feqh semasa pada 14 & 15 ogos nanti, so aku xde nape yang gtau korg pada ari nie cuma nak meluahkan perasaan dengki la juga dengan kawan2 aku duk asyik update dan buat blog baru setiap ari gak, so aku ank cerita la dengan korg sedikit pengalaman yang xdapat aku lupakan semasa aku sibuk tempoh ari.

Korg nak tahu x ari mula2 aku kuar cari sponsor, kereta yang aku pinjam dengan kawan aku bual hal la pulak, yang aku malu sangat kenapa dia buat hal dekat trafik light tersedut2 kemudian mampus kereta,hehehehe....

Kemudian aku nak g amik sedikit sumbangan daripada mak kepada ex-senior aku kat kampung gong tok nasek tapi yang kelakarnya ketika ktorg sampai, ktorg di minta membaca surah yaasin kepada orang duk tengah nazak, apa lagi ktorg naik la ke atas rumah 2, masa ktorg naik terkejut la jugak sebab aku tengok sanak saudara dorg duk rilex jer bukan setakat 2 jer, ada jugak duk asyik hisap rokok, aku bukannya nak buka keaiban dorg cuma nak gtau e2 rancah kehidupan dunia jika kita x mengetahui ajaran agama yang betul.

Ketika aku dengan kawan2 duk tengah baca surah yaasin, naik seorang lagi kawan aku dan duk berdekatan ktorg, ,nak tahu apa dia gtau..ikram kita dah salah lubang la, sO apa lagi aku dengan kawan2 aku yang lain suka la,hahahahhaa...nak dipendekkan cerita orang yang nazak tadi telah meninggal dunia, aku mengharapkan agar rohnya mendapat tempat di sisi Allah s.w.t....

Ahad, 26 Julai 2009

Kurang ketawa dan banyakkan menangis

Aku xde nape yang nak dituliskan melainkan pengalaman, hihihi... cuma sakni aku terbaca satu artikel yang cukup2 memberikan aku sedar akan kehidupan seorang makhluk yang digelarkan manusia, Allah S.W.T kurniakan kepada manuisa akal fikiran yang waras cuma kita masih lagi leka dan lalai..so aku nak minta izin sangat2 daripada tuan ampunye blog yang aku amik artikel yang berguna nie, supaya kita sama2 berkongsi kepada member2 kita yang masih tidak mengetahuinya....

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah;
فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maksudnya: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm;
وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَ
Maksudnya: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?" Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan. Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat Al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam. Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitkom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti "Rajalawak" atau "Lawaking" yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit. Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Allah SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iaitu menyembah Allah, Tuhan segala manusia. Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak. Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa;
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka." Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan: Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.
Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.
Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya. Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka. Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti "Rajalawak", ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya. Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki. Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah. Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti "Jomheboh" dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya. Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat." Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik. Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Muka member aku x seceria dulu

Sakni sebelum aku nak mai kat pejabat, member2 aku dari IPA kat selangor baru jer sampai, sempat la juga aku bersembang dengan dorg antaranya yang namay Najmi tapi kejap jer, paham2 jelah dorg baru jer sampai mybe dalam keletihan lagi kot, cuma aku nak gtau kat sini dorg masih tergaman dengan keputusan exam yang lalu sampai aku x dapat melihat kejernihan dan ketenangan pada muka2 mereka, sape yang x bengang kalau sem 1 dapat pangkat jayid jiddan tiba2 jer dapat pangkat makbul sem 2,, kalau aku jadi dorg pun sama turut bengang tapi nak wat cane e2 la rancah kehidupan seorang iNsan yang bergelar pelajar yang sering di uji oleh penciptanya untuk mengetahui tinggi mana tahap kesabaran seseorang.

So aku harap sangat2 agar kejernihan dan ketenangan yang biasa terpancar pada wajah mereka sebelum nie agar dapat di kembalikan, kita sama2 bermuhasabah dan juga merenung kembali sirah2 para nabi dan rasul yang sentiasa x dapat lari daripada menerima ujian dan dugaan...ala kulli hal aku doakan kepada sume member aku yang kena sem 3 @ tasfiyah fii najah k.... :-)

Tekanan daripada member2

Salam buat sume sahabat2ku, maaf r lame x bka blog sebab aku ada masalah sikit, sape x jadi tekanan member aku satu kuliah gtau aku x tolong dorg waktu final exam tempoh ari sampai dorg sume kntoi dan kena ulang balik tahun yang sama.

Cuba la korg duk kat tempat aku, camne korg rasa kalau sekali dua, aku x kisah la tapi tiap kali berjumpa aku jer dorg gtau la " mu naik kelas tiga sorang jelah ", aku bukannya nak memburukkan nama sape2 pun cz dorg sume 2 member aku juga cuma g2 la skadar nak meluahkan perasaan yang terpendam, hehehehehhehe....sekian

Isnin, 20 Julai 2009

7 Kalimah ALLAH

Aku x tahu la nape aku nak pOst ari nie cuma aku teringat akan sabda Rasulullah S.A.W : Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak buih laut.

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah terselit perkataan yang tidak
patut.
4. Mengucap Insya-Allah jika merancang berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Aku x tahu cane nak bagitahu betapa besar dan banyaknya nikmat kurniaan Allah kepada hambanya yang serba kekurangan untuk mendapat keampunan daripadanya,mudah2an kita tergolong daripada golongan mereka yang x lekang membasahi bibir kita dengan tutur kata kepada Allah dengan membanyakkan menyebut namanya...iNsyaAllah.

Apakah erti ZINA HATI????

Ok la sebelum aku melelapkan diri, aku harap sangat2 adanya pertolongan daripada Allah S.W.T supaya memberikan kepada kekuatan didalam diri aku seNtiasa bermuhasabah terhadap segala dOsa yang pernah aku buat secara sengaja ataupun tidak sengaja...aku harap sangat2 tau, lebih2 lagi dosa hati yakni zina hati..aku takut sangat2 cz sume 2 kita buat tanpa disedari.

Betul la nape yang pernah aku ingat 1 hadis yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi S.A.W mengenai zina hati ketika mana aku belajo kat pondok dulu, yang mana hadis 2 aku ketemui ketika Ayahanda Pok Su Wen membaca sebuah kitab Riyadusolihin didalam bab larangan melihat wanita...( Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia ) Hadis ini sangat sahih disisi Bukhari dan Muslim.

Mudah2an aku taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T sentiasa aku memohon dan aku memanjatkan. Akhir kalam aku memohon semoga diri aku dapat tidak tergolong dari golongan tersebut..insyaAllah.

10 'K' Dalam Persahabatan

Di sini, aku ingin berkongsi sedikit mengenai pendapat aku tentang persahabatan yang telah aku lalui. Selama 21 tahun hidup di bumi Illahi ini, telah banyak perkara yang aku pelajari tentang kehidupan. Tentang keluarga, cinta dan persahabatan.

Namun, hari ini, aku hanya ingin berkongsi mengenai semua yang telah aku lalui sepanjang bersahabat dengan bermacam-macam jenis manusia. Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturanNya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat aku bagitahu mengenai persahabatan yang telah aku lalui dan aku raSai. Maaf la kalau artikel yang aku pOst nie agak membosankan cz aku tulis artikel nie pun dalam keadaan memboSankan juga,hahahahahah..BYE2

Anak adalah ujian Allah S.W.T

x tahu la sejak akhir2 nie aku jarang dapat tido malam...sakni aku g round2 bando dengan member2 sbb terlalu puas n brg sangat2 duk kat asrama..aku dapat melihat sebuah kehidupan remaja zaman sekarang bermacam2 tau..aku cukup2 sedih dengan keadaan zaman sekarang,betul la nape sabda Nabi S.A.W yang mafmunnya dunia akhir zaman anak perempuan amat la payah untuk kita menjaganya daripada kita menjaga sekandang lembu yang tidak kita dapat membilangnya...

Kita sume mengetahui anak adalah satu anugerah yang dikurniakan kepada setiap pasangan yang bergelar suami isteri, tapi ada kala anak memberikan kepada kita kebahagian dan ada kalanya ia memberikan kepada kita suatu beban untuk menguji tahap keimanan setiap pasangan...

Nabi S.A.W bersabda anak itu adalah ujian daripada Allah sepertimana yang diriwayatkan dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.” hadis nie adalah yang sahih daripada Bukhari.

Jabir Ibn Haiyan

Sementara aku menunggu member aku siap mandi,bukan mandi nape2 k tapi cz mandi ktorg baru jer balik dari main futsal kat jeram sakni,aku dan member yang lain ada 1 perancangan nk kuar jalan2 kat bandor sbb tllu brg sangat2 duk kat asrama waktu cuti nie ,sO pendekkn cite aku nak berkongsi dengan korg sedikit sebanyak tentang sumbangan seorang iNsan yang banyak menyumbang idea berbentuk ilmiah kepada kita sume sehingga ianya yang masih kekal dalam kehidupan kita sampai ari nie yang bernama JABIR ibn HAIYAN...

Pengenalan

1. Seorang ahli kimia Islam pada kurun pertengahan dan lebih dikenali sebagai Bapa Kimia Moden. Max Mayerhaff menyatakan bahawa, beliau individu yang telah mencetus pembangunan kimia di Eropah.
2. Nama penuhnya ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, atau kadang-kala dipanggil al-Harrani dan al-Sufi.
3. Mula mempraktikkan ilmu-ilmu perubatan dan kimia di Kufah pada 776 Masihi dan dilaporkan pernah menuntut dengan Imam Ja'jauh Sadiq dan Putera Ummayed Khalid Ibn Yazid.
4. Pada awalnya, dia telah mempraktikkan ilmu-ilmunya di bawah pemerhatian Barmaki Vizir semasa pemerintahan Khalifah Haroon al-Rashid, era Kerajaan Khalifah Abbasiyah.
5. Telah dikenakan tahanan rumah di Kufah, di mana dia meninggal di situ pada 803 Masihi.

Sumbangan-sumbangan

1. Memperkenalkan kaedah penyiatasan melalui teknik pencubaan kepada dunia Kimia, yang mana telah mempercepat perkembangan kimia moden.
2. Berjaya menyiapkan 100 buah karya, yang mana 22 daripadanya berkaitan dengan ilmu kimia.
3. Sumbangan terbesarnya adalah melalui kejayaannya menemukan prosedur-prosedur kimia yang sistematik seperti penghabluran, penyulingan, pengkalsinan, pemejalwapan dan penyejatan juga penghasilan beberapa peralatan baru dalam bidang ini.
4. Berjaya dalam pencapaian praktikalnya apabila berjaya menemui beberapa bahan mineral dan asid yang baru.
5. Bergiat aktif dalam usaha penyediaan pelbagai campuran kimia serta penghasilan kaedah-kaedah kimia yang baru. Beliau menjadi perintis kepada bidang sains gunaan atas kejayaannya dalam memperkenal beberapa proses baru dalam bidang tersebut.
6. Pencapaiannya dalam bidang ini termasuk penyediaan pelbagai jenis logam, pembangunan bahan keluli, pencelupan kain dan proses menyamak kulit, penghasilan kain kalis air, penggunaan mangan dioksida dalam pembuatan kaca, pencegahan proses pengaratan, pembuatan cat, gris, dan sebagainya.
7. Telah membangunkan ‘akua regia’ bagi melarutkan emas.
8. ‘Alembic’ adalah ciptaannya yang telah memudahkan proses penyulingan dijalankan dalam keadaan yang sistematik.
9. Berjaya mengelaskan bahan-bahan menjadi tiga kumpulan; bahan yang mengewap ketika dipanaskan, bahan logam dan bahan-bahan yang boleh ditukar kepada serbuk.
10. Menulis kitab-kitab kimia yang masyhur, antaranya Kitab-al-Kimya, dan Kitab al-Sab'een yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan pelbagai bahasa lagi di benua Eropah. Hasil karyanya amat terkenal di Eropah untuk beberapa abad dan telah telah mempengaruhi evolusi kimia moden.
11. Memperkenal beberapa terma saintifik baru seperti Alkali.
12. Berjaya memperkenalkan teknik penyediaan asid buat kali pertama; asid nitrik, asid hidroklorik, asid sitrik dan asid tertar dan juga berjaya menekankan konsep sistematik dalam proses-proses eksperimen.

Biodata Rasulullah S.A.W

Sempena tarikh yang penting ari nie iaitu peristiwa ISRA' MIKRAJ, aku cuba memperkenalkan kepada sahabat2 aku tentang biodata seorang iNsan yang aku kagum selama nie dari sUme aspek...yakni biodata Rasulullah S.A.W yang mana aku nungkilkan daripada sebuah kitab sirah semasa aku belajo kat poNdok dulu...

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.


Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."

Ahad, 19 Julai 2009

Isra' dan Mikraj

Hari ini pada tanggl 20 julai 2009 bsmaaN 27 rejab 1430,mngkin kita sering lupa tntg 1 pristiwa pntg ykni ISRA' MIKRAJ...so i.allah aku akn mceritakan sdkit sbnyak nape yang aku ingat n mengetahui...

-------------------------bismillah-------------------

" Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda - tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "
--- Israk, ayat 1 ---

Sahabat aku yang dikasihi sekalian,

Ini lah antara ayat Allah s.w.t yang membuktikan berlakunya peristiwa yang terjadi
kepada Nabi Muhammad, iaitu Israk & Mikraj. Israk bermaksud perjalanan di waktu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis (Palestin). Manakala, definisi bagi Mikraj ialah perjalanan naik dari Masjidil Aqsa naik ke langit ke-7 hingga sampai di Sidratul Muntaha dan terus naik menerima jemputan Allah s.w.t kepada kekasih-Nya untuk menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam. Peristiwa seperti ini bukanlah atas sebab saja2 Allah s.w.t mengangkat Nabi Muhammad ke langit, tetapi rakan sekalian, ia disebabkan, antaranya :
(1) Tahun itu merupakan Tahun Dukacita Bagi Nabi Muhammad saw, dimana isteri dan bapa saudaranya meninggal dunia.

Sahabat aku yang disanjungi sekalian,

Secara ringkasnya, terdapat beberapa peristiwa yang berlaku sewaktu perjalanan Nabi
Muhammad saw dari bumi hingga ke langit. Tetapi peristiwa dibelah memang antara yang unik. Setelah dibelah, diambil hatinya lalu dibasuh dengan air zam-zam. Hatinya kemudian dimasukkan/disemai dengan Iman, Islam, Hikmah, Ilmu, Berani dan Sabar. Bayangkanlah rakan sekalian, Nabi yang hendak berjumpa dengan Allah one-by-one, perlu mempunyai hati sedemikian tadi itu. Tapi kita, orang2 biasa, nak jumpa Tuhan melalui solat pun, entah tentu ke tidak. Soal ikhlas perlu dijawab dahulu.

Baiklah para sahabat aku sekakian mai kita teruskan...,

Perjalanan Nabi Muhammad ketika diisrak mikrajkan, kita pun sudah sedia maklum
bahawa ia terjadi pada satu malam & dikatakn hanya berlaku dalam tempoh 4 jam sahaja. Tentu sahaja perjalanan itu memerlukan sebuah kenderaan yg canggih dan berteknologi tinggi, Namun, ini lah antara kekuasaan yang hendak ditunjukkan Allah swt. Menggunakan sejenis makluk yg bernama `Buraq' di sepanjang perjalanan nabi. Buraq ini wahai sahabat sekalian, adalah binatang unik dari Syurga. Kelajuannya dikatakan sejauh mata memandang.
Dan ketika Nabi Muhammad saw hendak naik ke langit, tiba2 baginda ternampak ada bebola api sedang menuju ke arah mereka. Lantas baginda bertanya kepada Jibril,

"Wahai Jibril, apa benda yg berapi2 itu ? "

(Bayangkan lah para rakan sekalian, kita contohnya sedang berjalan/menaiki motorsikal pada waktu mlm. Tiba2, toleh je belakang, heh... , bola api meluru kpd kita! Tak tahu lah nk buat apa, tapi majoritinya mesti bertindak balas yg sama, iaitu lari .. hehehe)

Baiklah sahabat aku sekalian ...,

Jibril pun menjawab, "Itulah dia Jin Ifrit yg membawa obor api utk menghalang perjalanan kita." Akhirnya, Jin Ifrit yg ingin menghalang itu, terbakar terkena obor api yg dibawa sendiri itu.

( Hehe.., ini bole dikatakn, seorg pemain bola yg khusyuk m`buat skilnya, tpi akhirnya terjauh kerana t`pijak bola..duh)

Seterusnya...,

Dipendekkan ceritanya, baginda pun melalui 7 lapisan langit yg menemukan baginda dgn
8 roh nabi yg tertentu. Dan akhir sekali, baginda tiba di Sidratul Muntaha yg merupakan destinasi terakhir yg turut menemukan Nabi Muhammad saw dan Allah swt. Disini pun kita sedia maklum, Allah telah pun memerintahkan Nabi dgn solat 50 waktu. Sewaku baginda ingin turun ke lagit ke-6, baginda ditegur oleh Nabi Musa as, agar meminta kpd Allah swt semula, mengurangkan waktu solat. Setelah lama berulang alik, akhirnya termaktublah, bahawa Umat Nabi Muhammad diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam.

Sebenarnya para sahabat sekalian, peristiwa sebegini bukanlah hanya sekadar utk kita
perdengarinya sahaja. Tetapi, ia sudah tentu sebagai peringatan, renungan dan juga ujian utk kita sebagai muslim sejati. Peristiwa2 yg dihadapi Baginda Rasulullah saw, tidak lain tidak bukan disertai dgn iktibar dan pengajaran. Antaranya :
Nabi terlihat orang yg tidak mampu memikul kayu, tetapi kayu yg dipikulnya terus ditambah. Inilah wahai rakan ILI sekalian, balasan bagi mereka yg tidak amanah dn tamak kuasa.
Nabi melihat manusia terus-menerus memecah kepalanya dgn batu. Apa sbbbnya?! inilah balasan bagi mereka yg malas utk solat.
Dn Nabi juga melihat manusia menggunting lidah menggunakan gunting api neraka dn bercantum semula. Inilah akibatnya, utk mereka yg berdusta, ckp besar, keji lagi kasar!

Namun para sahabat aku sekalian...,

Perkara yg hendak ditekankan disini ialah tentang SOLAT. Solatlah perkara yg mula2
sekali akan ditanya di akhirat. Dn kerana itu, Rasulullah sendiri berjumpa one-by-one dgn Allah, menandakan betapa besarnya kelebihan, kemuliaan dan tanggungjawab supaya kita menjaganya, sebagai muslim sejati!!

Sifat pemaaf bersih hati, Tenangkan jiwa

Idup ini bnyk sngt cbaan, ada kala kita ske dan ada kala kita duka,,kita x dapat lari dari sume masalah...semalam aku bring sngt2 duk kat asrama,sO apa lagi aku main intrnt la tpi trbCa 1 artkl yg mCrtakn tntg 1 sift yg dpt mbrshkn n jgk mbrikn kita ktngn...ykni sft mmfkn kslhn ssorg,bnyk adb2 yg d'ajr bgnda S.A.W antry....sblum kita tido adlh mmfkan keslhan org ln kpd kita..

Pda zmn Rasulullah dlu, para sahabat Rasulullah ialah org2 yg sngt iginkn syurga... mrka sntsa mmnta Rasulullah m'doakn mrka spya msk syurga...

Prnh d'rwytkn, Rasulullah sdg mmbri tzkrh n Rasulullah s.a.w mngatakn kpda para shbt yg brda di skllngy, akn mncl drpda balik tiang itu ssOrg yg akn mnghuni syurga klak.. para sahabat t'tnggu2 n akhiry mncl la ssOrg shbt yg bese, yg bkn la antra shbt2 yg hbt atau t'nma nmay... para shbt berasa crga, knpa dia d'jnjikan oleh Rasulullah syurga yg mmg mnjd idaman mrk... k'esokn ariy, Rasulullah mngatakn bNda yg sma.. n mncl la orang yg sama... b'+ curiga para shbt yg ln... krna prsn igin thu, sOrg shbt tlh g k rmh shbt yg dijnjikan syurga ini, dan mmnta utk tido di rmhny utk bbrpa ari... pd ari prtma, shbt ini mngiNtip sgla apa yg d'lkukan oleh pemuda yg dijnjikan syurga ini... baginya bese shja.. solat subuh b'jemaah, amalan2 yg bese shja yg d'lkukn oleh para shbt yg ln.. ari kedua pun sama, ketiga pun sama.. akhry krna prSn ingn thu yg kt beliau tlh b'tnya kpda shbt ini, Rasulullah tlh m'jnjikn syurga kpdamu, aku mlht amln engkau bese shja.. sma kmi yg ln.. knpa Rasulullah m'jnjikn syurga kpdmu? dngn prSn t'kjut n t'pinga-pinga mnrima khbar bite ini... stlh bfkr pnjng, dia m'jwb, aku tdk thu knpa Rasulullah m'jnjikn aku syurga, tpi ada 1 amln yg aku lkukn n mgkn krna itu aku d'jnjikn syurga...
sblum aku tido, aku tdk prnh lupa utk mmfkan sUme dosa2 org ln kpda aku..

Khamis, 16 Julai 2009

Seorang kanak2 tercedera di S.K PERIA

maaf r sNyop jer dalam 2,3 ari nie...+han pulak kreDit broadband hbis,hihihihi....mungkin x terlambat agi untuk saya nak citekan sedikit sebanyak bagaimana peristiwa pergaduhan yang berlaku semasa pilihan raya di Manek Urai 2,3 ari lepas berhadapan sekolah kebangsaan peria, sungguh terkejut saya ketika mana saya dan seorang kawan sedang berbual2 berdekatan pagar sebuah klinik desa yang berhadapan s.k. peria telah berlakunya pergaduhan baling membaling botol air mineral serta dituruti objek2 yang lain seperti buluh bendera,kayu dan juga ketulan batu.

Namun saya x dapat lupakan banyak2 botolan yang di balingkan oleh k2 2 belah pihak, namun saya cukup2 tergaman apabila seorang kanak2 yang berada di hadapan saya pengsan dengan mengejut di sebabkan terkena serpihan batu2 dan juga botolan air mineral yang di balingkan.Disebabkan jiwa kebapaan, bapa kepada kanak2 2 terus mengamuk dengan cubaan menyerang pihak lawan dengan membaling batu tapi hasratnya x tercapai apabila seorang abe polis menahannya...ngtuk la,gini r cite mengenai pergaduhan di N41 Manek Urai seterus.....2gu saya kemudian ari k,hihihihihi

Orang-orang yang di doakan oleh para Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci”.

(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu shalat.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”

(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)

3. Orang – orang yang berada di shaf barisan depan di dalam shalat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang – orang) yang berada pada shaf – shaf terdepan”

(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang – orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang – orang yang menyambung shaf – shaf”

(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.

(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang – orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang – orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’”

(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur”

(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)