Isnin, 10 Mei 2010

lAma xbersUA dalam blOgger nie...he5x

Assalamualaikum semua dah lame dh xupdate blog ni.maaf la yee...he5x..memandangkan perubahan cuaca,tempat dan dihempit pulak keadaan sekitar, sO sukar la bagi saya melakukan nape2, tambahan pulak kat tempat saya tinggal sekarang untuk membuka nape2 pun coNtohnya fabecook.blOg.friendster,email dll memerlukan nO procxy setiap kali mahu membukaNya... buka blOg,fs,email,fb dll..by the way,bila di fikir balik saya teruskan untuk membuka blOg dll tapi xdela sekerap cam dulu,hu7x...even.saya ni bukan pandai sangat nak buat ayat or karangan ni,tapi saya fikir2 balik daripada saya xpoSt nape2 baik saya copy paste mana2 artikel,he5x.jadi jangan marah ye..=) senyum2 selalu deh..


selamat bertemu kembali ye semua.=)

tAhukaH Anda ... 5 PERKARA yaNg eLok di Sebut...???

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima ini iaitu:-

1 .Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
2 .Perbanyakkan menyebut akhirat daripada meyebut urusan dunia.
3 .Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan,
4 .Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5 .Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Penyakit rindu ada UBATnya

1) Ikhlas kepada Allah : Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon keampunan daripada Allah. Seandainya kita ikhlas kepada Allah, pasti Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara yang tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan : “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepadaNya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya”.

2) Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah : Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang paling agung. Saat kita dalam kebuntuan atau dalam kesempitan, doa yang ditadahi memohon pertolongan Allah membuatkan diri terasa hampir denganNya. Kepada Allah sahajalah tempat segala permasalahan diluahkan dan tempat merayu yang paling tepat.

3) Mengurus mata dan pandangan : Pandangan yang berulang kali adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang sepintas lalu jarang berasakan hatinya terusik dan jatuh. Ibnu Qayyim menyatakan : “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terajuk ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi dirinya sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”.

4) Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang dikagumi. Walhal pernikahan dengan orang yang tidak dicintai dan diidamkan namun sekiranya keputusan itu berdasarkan ilham dari solat istikharah lebih bahagia berbanding dengan pilihan berpandukan nafsu semata-mata.

Cinta, jodoh dan perkahwinan fitrah kejadian manusia. Namun mengapa kita kita sanggup mencari risiko dengan mengundang kemurkaan Sang Pencinta semata-mata demi memuaskan hawa nafsu? Tidakkah ia boleh dijauhi dengan menjadikan iman perisai perlindungan? Ingat !!! Segala ketentuan terletak dalam pengetahuanNya, oleh itu biarlah segala urusan bertunjangkan petunjuk daripadaNya.



yaALLAH jaga la hatiku dari segala fitnah duniawi..amin..

Sabtu, 27 Mac 2010

Jom mai kita mengenali Sultan Muhammad Al-Fateh

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.

Selasa, 16 Mac 2010

Tanda2 Hadis Maudhuk

Para ulama telah menggariskan kaedah2 utk mengenali Hadis2 Maudhuk. Di
antara kaedah2 tersebut ialah:

1- Pengakuan drpd pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yg
mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis2 Kelebihan Surah.
2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan
drpd syeikh yg terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dgn nya,
meninggal dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat
yg beliau mendakwa pernah mendengarnya spt Makmun bin Ahmad Al-Harawi yg
mendakwa pernah mendengar drpd Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya
padanya: Bilakah kamu memasuki Syam? Beliau menjawab: Pada tahun 250
Hijrah. Ibnu Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yg diriwayatkan oleh Makmun
telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.
3- Terdapat bukti pada matan yg menunjukkan pembohongannya, seperti
terdapat pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat
kelemahan pada lafaz dan tergugur makna.
4- Bersalahan dgn akal, fizikal dan penyaksian: Spt riwayat drpd Ar-Rahman
bin Zaid bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh
keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat.
5- Bersalahan dgn keterangan Al-Qur'an dan sunnah yg sahih, yg tidak boleh
ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku
melainkan jika dikehendaki oleh Allah; maka ianya bersalahan dengan firman Allah
s.w.t yg bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi)
dan seperti apa yg bersalahan terhadap kebenaran sunnah yg mutawatir
(Akulah penyudah, tiada Nabi selepasku).
6- Bersalahan dgn data sejarah yg diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti
riwayat dikenakan Jizyah ke atas org Yahudi selepas perang Khaibar dan
tidak dikenakan kerja tanpa upah terhadap mereka dgn disaksikan oleh Saad
bin Muaz dan ditulis oleh Muawiah bin Abu Sufian. Sedangkan ketetapan
sejarah mengatakan bahawa Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum
disyariatkan pada tahun peperangan Khaibar kerana ayat tentang Jizyah
diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk. Sesungguhnya Saad bin Muaz
meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut iaitu dlm peperangan Khandak.
Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun pembukaan Mekah.
7- Khabar tentang perkara yg penting berulang dakwaan pembawakannya seperti
yg berlaku dgn disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya
melainkan seorang sahaja dan yg lainnya menyembunyikannya, seperti
diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib ketika
dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan
Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas org ramai mengenalinya:
(Kanak2 ini adalah, saudaraku dan akan menjadi khalifah selepasku, maka
hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya). Adakah seseorang Muslim boleh
menerima berita yg menunjukkan semua sahabat telah sepakat utk
menyembunyikannya ketika mereka memilih Abu Bakar sebagai Khalifah dan dgn
dipersetujui oleh Abu Bakar dan mereka menyetujuinya sbg khalifah mereka?
8- Mengandungi balasan yg berat teradap dosa kecil atau pahala yg banyak
terhadap amalan yg sedikit. Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan
balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah "Tiada
illah melain Allah" maka Allah akan menciptakan utk nya seekor burung yg mempunyai
tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu
bahasa yg sentiasa meminta keampunan untuknya).

Isnin, 15 Mac 2010

Kisah Pemuda Beribu Bapakan Babi

Nabi Musa a.s. adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali baginda hendak bermunajat Nabi Musa akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?" Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium, ia kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.
Setelah selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara, apa agama kamu?" soal Nabi Musa kepada pemuda tersebut.
"Aku agama Tauhid" jawab pemuda itu, iaitu agama Islam.
"Habis mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu" kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba" kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap akan melaksanakan kewajipanku sebagai seorang anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap akan melaksanakan tugas aku" sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka dosa diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi kami".
Allah juga berfirma lagi yang bermaksud,"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka dipindahkan ke syurga. Dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Walau bagaimanapun buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita, itu bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan itu juga bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah SWT supaya kedua ibu bapa kita diampuni oleh Allah SWT.
Doa anak yang soleh yang akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.
Erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit tetapi kasih dan sayang seorang anak kepada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik disisi Allah.

Rabu, 10 Mac 2010

9 Mimpi Rasulullah S.A.W

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"