tag:blogger.com,1999:blog-74809871285652067552024-03-18T19:50:50.230-07:00Sebuah Perjuangan menuntut kereDhaan Allah s.w.t...aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.comBlogger49125tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-52584166136371077762010-05-10T05:00:00.000-07:002010-05-10T05:15:56.616-07:00lAma xbersUA dalam blOgger nie...he5xAssalamualaikum semua dah lame dh xupdate blog ni.maaf la yee...he5x..memandangkan perubahan cuaca,tempat dan dihempit pulak keadaan sekitar, sO sukar la bagi saya melakukan nape2, tambahan pulak kat tempat saya tinggal sekarang untuk membuka nape2 pun coNtohnya fabecook.blOg.friendster,email dll memerlukan nO procxy setiap kali mahu membukaNya... buka blOg,fs,email,fb dll..by the way,bila di fikir balik saya teruskan untuk membuka blOg dll tapi xdela sekerap cam dulu,hu7x...even.saya ni bukan pandai sangat nak buat ayat or karangan ni,tapi saya fikir2 balik daripada saya xpoSt nape2 baik saya copy paste mana2 artikel,he5x.jadi jangan marah ye..=) senyum2 selalu deh..
selamat bertemu kembali ye semua.=)aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-2509689413914443372010-05-10T04:58:00.000-07:002010-05-10T05:00:39.569-07:00tAhukaH Anda ... 5 PERKARA yaNg eLok di Sebut...???5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima ini iaitu:-
1 .Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
2 .Perbanyakkan menyebut akhirat daripada meyebut urusan dunia.
3 .Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan,
4 .Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5 .Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-9546806892932951162010-05-10T04:53:00.000-07:002010-05-10T04:57:48.807-07:00Penyakit rindu ada UBATnya1) Ikhlas kepada Allah : Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon keampunan daripada Allah. Seandainya kita ikhlas kepada Allah, pasti Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara yang tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan : “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepadaNya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya”.
2) Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah : Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang paling agung. Saat kita dalam kebuntuan atau dalam kesempitan, doa yang ditadahi memohon pertolongan Allah membuatkan diri terasa hampir denganNya. Kepada Allah sahajalah tempat segala permasalahan diluahkan dan tempat merayu yang paling tepat.
3) Mengurus mata dan pandangan : Pandangan yang berulang kali adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang sepintas lalu jarang berasakan hatinya terusik dan jatuh. Ibnu Qayyim menyatakan : “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terajuk ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi dirinya sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”.
4) Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang dikagumi. Walhal pernikahan dengan orang yang tidak dicintai dan diidamkan namun sekiranya keputusan itu berdasarkan ilham dari solat istikharah lebih bahagia berbanding dengan pilihan berpandukan nafsu semata-mata.
Cinta, jodoh dan perkahwinan fitrah kejadian manusia. Namun mengapa kita kita sanggup mencari risiko dengan mengundang kemurkaan Sang Pencinta semata-mata demi memuaskan hawa nafsu? Tidakkah ia boleh dijauhi dengan menjadikan iman perisai perlindungan? Ingat !!! Segala ketentuan terletak dalam pengetahuanNya, oleh itu biarlah segala urusan bertunjangkan petunjuk daripadaNya.
yaALLAH jaga la hatiku dari segala fitnah duniawi..amin..aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-64849634464700030742010-03-27T01:32:00.000-07:002010-03-27T01:42:20.386-07:00Jom mai kita mengenali Sultan Muhammad Al-FatehHADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-78666088547023241082010-03-16T03:19:00.000-07:002010-03-16T03:22:03.127-07:00Tanda2 Hadis MaudhukPara ulama telah menggariskan kaedah2 utk mengenali Hadis2 Maudhuk. Di
antara kaedah2 tersebut ialah:
1- Pengakuan drpd pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yg
mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis2 Kelebihan Surah.
2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan
drpd syeikh yg terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dgn nya,
meninggal dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat
yg beliau mendakwa pernah mendengarnya spt Makmun bin Ahmad Al-Harawi yg
mendakwa pernah mendengar drpd Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya
padanya: Bilakah kamu memasuki Syam? Beliau menjawab: Pada tahun 250
Hijrah. Ibnu Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yg diriwayatkan oleh Makmun
telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.
3- Terdapat bukti pada matan yg menunjukkan pembohongannya, seperti
terdapat pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat
kelemahan pada lafaz dan tergugur makna.
4- Bersalahan dgn akal, fizikal dan penyaksian: Spt riwayat drpd Ar-Rahman
bin Zaid bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh
keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat.
5- Bersalahan dgn keterangan Al-Qur'an dan sunnah yg sahih, yg tidak boleh
ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku
melainkan jika dikehendaki oleh Allah; maka ianya bersalahan dengan firman Allah
s.w.t yg bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi)
dan seperti apa yg bersalahan terhadap kebenaran sunnah yg mutawatir
(Akulah penyudah, tiada Nabi selepasku).
6- Bersalahan dgn data sejarah yg diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti
riwayat dikenakan Jizyah ke atas org Yahudi selepas perang Khaibar dan
tidak dikenakan kerja tanpa upah terhadap mereka dgn disaksikan oleh Saad
bin Muaz dan ditulis oleh Muawiah bin Abu Sufian. Sedangkan ketetapan
sejarah mengatakan bahawa Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum
disyariatkan pada tahun peperangan Khaibar kerana ayat tentang Jizyah
diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk. Sesungguhnya Saad bin Muaz
meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut iaitu dlm peperangan Khandak.
Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun pembukaan Mekah.
7- Khabar tentang perkara yg penting berulang dakwaan pembawakannya seperti
yg berlaku dgn disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya
melainkan seorang sahaja dan yg lainnya menyembunyikannya, seperti
diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib ketika
dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan
Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas org ramai mengenalinya:
(Kanak2 ini adalah, saudaraku dan akan menjadi khalifah selepasku, maka
hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya). Adakah seseorang Muslim boleh
menerima berita yg menunjukkan semua sahabat telah sepakat utk
menyembunyikannya ketika mereka memilih Abu Bakar sebagai Khalifah dan dgn
dipersetujui oleh Abu Bakar dan mereka menyetujuinya sbg khalifah mereka?
8- Mengandungi balasan yg berat teradap dosa kecil atau pahala yg banyak
terhadap amalan yg sedikit. Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan
balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah "Tiada
illah melain Allah" maka Allah akan menciptakan utk nya seekor burung yg mempunyai
tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu
bahasa yg sentiasa meminta keampunan untuknya).aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-57703870941766333312010-03-15T05:20:00.000-07:002010-03-15T05:21:52.322-07:00Kisah Pemuda Beribu Bapakan BabiNabi Musa a.s. adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali baginda hendak bermunajat Nabi Musa akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?" Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium, ia kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.
Setelah selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara, apa agama kamu?" soal Nabi Musa kepada pemuda tersebut.
"Aku agama Tauhid" jawab pemuda itu, iaitu agama Islam.
"Habis mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu" kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba" kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap akan melaksanakan kewajipanku sebagai seorang anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap akan melaksanakan tugas aku" sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka dosa diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi kami".
Allah juga berfirma lagi yang bermaksud,"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka dipindahkan ke syurga. Dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Walau bagaimanapun buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita, itu bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan itu juga bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah SWT supaya kedua ibu bapa kita diampuni oleh Allah SWT.
Doa anak yang soleh yang akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.
Erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit tetapi kasih dan sayang seorang anak kepada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik disisi Allah.aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-71685244068400096622010-03-10T01:38:00.000-08:002010-03-10T01:39:10.012-08:009 Mimpi Rasulullah S.A.WDaripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-87112565188750633962010-03-09T23:33:00.000-08:002010-03-09T23:43:20.532-08:00Rindu kehangtan bertalaqi di SyriaHampir seminggu saya telah meninggalkan Bumi Syria' tetapi kehangatan ilmu bertalaqi masih saya dapat merasaiNya...Saya bersyukur ke hadRat illahi kerana telah meletakkan saya di Bumi yag penuh keberkatan untuk saya terus berjalan didalam perjalanan saya untuk mencari ilmu Allah s.w.t yang sentiasa tidak habis-habis...
Allah SWT berfirman,
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bershalawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab Ayat 56)
Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan kita agar mendoakan dan bershalawat untuk Rasulullah SAW. Bukan sebaliknya, memohon kepada beliau, sebagai sesembahan selain Allah, atau membacakan Al-Fatihah untuk beliau, sebagaimana yang dilakukan oleh sebagian manusia.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan, Abu 'Aliyah berkata,
"Shalawat Allah adalah berupa pujianNya untuk nabi di hadapan para malaikat. Adapun shalawat para malaikat adalah doa (untuk beliau)."
Ibnu Abbas berkata,
"Bershalawat ertinya mendoakan supaya diberkati."
Bacaan shalawat untuk Rasulullah SAW yang paling utama adalah apa yang beliau ajarkan kepada para sahabat, ketika beliau bersabda,
"Katakanlah, Ya Allah limpahkanlah rahmat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat untuk Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, limpahkanlah berkah untuk Muhammad dan keluarga Muhammad sebagai-mana Engkau telah melimpahkan berkah untuk Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia." (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Shalawat di atas, juga shalawat-shalawat lain yang ada di dalam kitab-kitab hadits dan fiqih yang terpercaya, tidak ada yang menyebutkan kata "sayyidina" (penghulu kita), yang hal itu ditambahkan oleh kebanyakan manusia. Memang benar, bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam adalah penghulu kita, "sayyiduna", tetapi berpegang teguh dengan sabda dan tuntunan Rasul adalah wajib. Dan, ibadah itu dilakukan berdasarkan keterangan nash syara', tidak berdasarkan akal.
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam bersabda,
"Jika kalian mendengar muadzin maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan, kemudian bershalawatlah untukku. Karena sesungguhnya barangsiapa yang bershalawat untukku satu kali, Allah akan bershalawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mohonkanlah kepada Allah wasilah untukku. Sesungguhnya ia adalah suatu tempat (derajat) di Syurga. Ia tidak pantas kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Aku berharap bahwa hamba itu adalah aku. Barangsiapa memintakan wasilah untukku, maka ia berhak menerima syafa'atku." (HR. Muslim)
Do'a memintakan wasilah seperti yang diajarkan Rasulullah dibaca dengan suara pelan. Ia dibaca seusai adzan dan setelah membacakan shalawat untuk nabi. Do'a yang diajarkan beliau yaitu:
"Ya Allah, Tuhan yang memiliki seruan yang sempurna ini. Dan shalat yang akan didirikan. Berikanlah untuk Muhammad wasilah (derajat) dan keutamaan. Dan tempatkanlah ia di tempat terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan." (HR. Al-Bukhari)
Membaca shalawat atas Nabi ketika berdo'a, sangat dianjurkan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah :
"Setiap do'a akan terhalang, sehingga disertai bacaan shalawat untuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Salam ." (HR. AI-Baihaqi, hadits hasan)
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam bersabda,
"Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berpetualang di bumi, mereka menyampaikan kepadaku salam dari umatku." (HR Ahmad, hadits shahih)
Bershalawat untuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Salam sangat dianjurkan, terutama pada hari Jumaat. Dan ia termasuk amalan yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bertawassul dengan shalawat ketika berdo'a adalah dianjurkan. Sebab ia termasuk amal shalih. Karena itu, sebaiknya kita mengucapkan,
"Ya Allah, dengan shalawatku untuk Nabimu, bukakanlah dariku kesusahanku... Semoga Allah melimpahkan berkah dan keselamatan untuk Muhammad dan keluarganya."aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-51104504634321794842010-02-25T23:32:00.000-08:002010-02-25T23:35:26.093-08:00Perkara Ringan Yang Menyekat RezekiTerdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sayi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing. (tak faham yang ni, ada sesiapa boleh explain?)
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-5797553139726585622010-02-25T23:29:00.000-08:002010-02-25T23:46:37.920-08:00Sembilan Pembaziran Tanpa DisedariIbnu Qayyim al-Jauziyah,ulama dan tokoh gerakan dakwah islamiyah ialah murid kepada ulama terbilang iaitu Syeikh ai-Islam Ibnu Taimiah. Beliau juga turut mempunyai banyak karya ilmiah seperti kitab Ar-Ruh, Al-Fawaid, Tafsir dan banyak lagi yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah ada mengatakan bahawa terdapat sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:
1. Ilmu pengetahuan
- membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan
- membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan
- membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanafaat dan tidak diredhai Allah.
4. Hati
- membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5. Tubuh badan
- membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta
- membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya
7. Masa
- membazir jka tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Akal
- membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Zikir
- membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
"Allahumma a'innii 'alaa dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadaatik"
Ya Tuhan kami, perbantulah aku untuk mengingati Mu,
untuk mensyukuri Mu dan untuk menyempurnakan ibadatku kepadaMu.aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-11408883693241758982010-02-25T23:24:00.001-08:002010-02-25T23:27:55.114-08:00Amalan supaya dimurahkan rezekiAmalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:" dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w. "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)
Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
Menjalin Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)
Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah.
Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa , Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Hampir 2 bulan saya berada di Bumi Anbia' yang penuh keberkatan,alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan baik dengan berkat doa ummi yang tercinta dan juga orang yang sentiasa mendoakan kejayaan saya di sini..Nak dijadikan cerita 2 hari lepas seorang sahabat saya menawarkan untuk menziarahi tempat2 yang bersejarah di Bumi Anbia' nie dengan menaiki keretapi dengan mengambil masa 6jam perjalanan...
Alhamdulilah tepat2 pukul 7 pagi saya dan 2 orang sahabat sampai juga di destinasi yang dituju yakni Bandar Halab,Syria...Hampir 3 jam saya berjalan ke sini dan sana akhirnya seorang sahabat saya menceritakan di Bumi Halab terdapat satu Jamik' (masjid) yang dinamakan Jamik' Karimiah terdapat tapak kaki Rasulullah S.W.T...
Assalamulaikum setelah lama saya menanti gamabr perkahwinan abang saya yang keempat, akhirnya saya dapat jugak malam nie melalui facebook kakak iparku sendiri..Setelah aku melihat satu persatu terasa la jugak keseidan di hati nie sebab pada hari yang penuh bersejarah abang saya kahwin, saya terpaksa la pulak berjauhan daripada keluarga kerana menuntut suruhan Allah s.w.t mencari dan menggali sebanyak mungkin ilmu Allah a.w.t yang ada di muka Bumi Allah s.w.t nie... Ucap yang dapat saya ungkapkan kepada abang saya bersama pasangannya seoga ikatan yang di redhai Allah itu kekal dan bahagia di bawah rahmat Allah s.w.t...So saya cuba ungkapkan pergertian perkahwinan di dalam agama Islam.
Perkahwinan menurut Islam
· Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah perkahwinan
· Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
· Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalah Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.
Tujuan walimatulurus
· Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.
Adab walimatulurus
· Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti
1. dilakukan selepas akad nikah;
2. menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
3. bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.
Agenda walimatulurus
· Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-56325489911908983802010-02-22T10:33:00.000-08:002010-02-22T10:38:54.720-08:00Jujur dengan Allah s.w.tPengertian Jujur dengan Allah s.w.t.:
Jujur dari sudut bahasa bererti: kebenaran dan ketulusan.
Jujur dari pandangan syarak pula membawa erti, kejujuran niat seseorang dengan Allah s.w.t. dalam kehidupannya.
Telah berkata Sheikhu Sheikhna Sidi Abdul Qadir Isa r.a.:
"Hendaklah bagi setiap yang ingin menuju Allah s.w.t., dengan berjalan di atas jalan Najah (yang menyelamatkan dirinya) dan seterusnya sampai kepada Allah s.w.t., agar merealisasikan tiga sifat yang utama iaitu: jujur, ikhlas dan sabar, kerana semua sifat-sifat kesempurnaan yang lain tidak akan dapat dicapai oleh seseorang melainkan dengan tiga sifat tersebut. Begitu juga, tidak sempurna sesuatu amalan melainkan dengan tiga sifat tersebut. Jika sesuatu amalan tidak disertakan dengan sifat-sifat tersebut, maka amalan tersebut akan rosak dan tidak akan diterima.
"Sesungguhnya, faktor pendorong yang paling kuat dalam merangsang seseorang untuk melakukan amal soleh dan seterusnya meningkatkan kerohanian kepada peringkat kesempurnaan, ialah sifat jujur…"
Sheikhuna (guru kami) Al-Syarif Yusuf Al-Hasani berkata:
"Sesungguhnya, kejujuran itu merupakan pintu utama untuk menuju Allah s.w.t.. Bahkan, kejujuran itu sendiri merupakan jalan paling pintas untuk sampai kepada Allah s.w.t.. Kejujuran itu juga merupakan pintu bagi amalan."
Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
"Kejujuran itu ada enam jenis:
Pertama: Jujur Lisan yang mana ianya berkaitan dengan apa yang dikhabarkan oleh lidah itu sendiri. Antaranya adalah: menepati janji dan sumpah, menjauhi sifat dusta dan sebagainya.
Kedua: Jujur dari sudut Niat dan Kehendak: Ini kembali kepada perbahasan Ikhlas, iaitu, tiada yang menjadi faktor yang membangkitkan keinginannya untuk beramal, melainkan Allah s.w.t. (iaitu, hanya melakukan sesuatu keranaNya).
Ketiga: Jujur pada keazaman dalam melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t. (yang mana, lahirnya semangat untuk melakukan amalan tersebut dan semangat itu juga lahir kerana Allah s.w.t.).
Keempat: Jujur dalam melaksanakan apa yan diazam (melakukan amalan keranaNya, dengan istiqomah dan tidak takut celaan makhluk dalam melakukannya, kerana dia melakukannya kerana Allah s.w.t..)
Kelima: Jujur dalam Beramal itu sendiri, di mana tidak melakukan amalan zahir yang mana, ianya bercanggah dengan apa yang di batin (tidak hipokrit dan bersifat kepura-puraan dalam beramal, dengan melakukan sesuatu yang pada hakikatnya tidak lahir dari niat yang ikhlas, tetapi cuba menunjukkan zahir yang bercanggah dengan batin).
Keenam: Jujur dalam setiap maqam, seperti takut, harap, mengagungkan nikmat Allah s.w.t., zuhud, redha, tawakkal dan kecintaan."
Sheikhu Sheikhna Sidi Abdul Qadir r.a. berkata:
"Mafhum kejujuran di sisi orang awam terbatas kepada kejujuran dari sudut lisan semata-mata, sedangkan kejujuran di sisi ahli sufi mempunyai mafhum yang lebih luas, mencakupi kejujuran dari sudut lisan, kejujuran dari sudut hati, kejujuran dari sudut perbuatan dan kejujuran dari sudut hal."
Oleh yang demikian, sifat jujur itu merupakan satu sifat yang membangkitkan keazaman, kesungguhan dan semangat untuk terus mempertingkatkan kerohanian seseorang sehingga mencapai tahap kesempurnaan dan menyucikan diri daripada sifat-sifat kekurangan dan yang tercela.
Sheikhu Sheikhna Sidi Abdul Qadir Isa r.a. berkata lagi:
"Jika seseorang yang menuju Allah s.w.t., bersifat dengan dengan kejujuran, nescaya dia akan mampu berjalan dan melangkah di atas jalan menuju Allah s.w.t. dengan pantas, sehingga dapat mencapai iman yang tertinggi, kerana ia merupakan kekuatan yang menggerakkan hamba tersebut. Ia merupakan atu sifat yang amat penting dalam setiap peringkat perjalanan kerohanian dalam menuju Allah s.w.t..
Dalil-Dalil Al-Qur'an tentang Kepentingan Jujur kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman:
"Barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka dia akan bersama dengan orang-orang yang Allah beri nikmat dari kalangan para Nabi, para siddiqin (orang-orang yang jujur dan benar), para syuhada' (mati syahid) dan orang-orang soleh…" Al-Ayat (Surah An-Nisa: 69)
Imam Al-Qusyairi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: "sesungguhnya kejujuran itu tiang bagi urusan (perjalanan menuju Allah s.w.t.) dan penyempurnanya. Ia merupakan sistemnya. Ia merupakan darjat kedua (tinggi) setelah darjat kenabian seperti dalam ayat tersebut…"
Allah s.w.t. juga memerintahkan orang-orang beriman untuk beserta dengan orang-orang yang jujur seperti dalam firmanNya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan bersertalah kamu dengan orang-orang yang jujur" (Surah At-Taubah: 119)
Allah s.w.t. juga mengambarkan bahawasnya, golongan yang jujur ini terlalu sedikit dari kalangan umat Islam kerana ia merupakan satu golongan yang terpilih seperti dalam firmanNya:
"Dari kalangan orang-orang beriman itu, ada sekelompok manusia yang jujur lagi menepati perjanjian mereka kepada Allah" (Surah Al-Ahzab: 23)
Bahkan, pada hari Akhirat kelak, Allah s.w.t. menjamin bahawasanya, kejujuran orang yang jujur akan mmberi manfaat kepada mereka sendiri seperti dalam surah Al-Ma'idah ayat 119 yang berbunyi:
Allah berfirman: "Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. (Surah Al-Ma'idah: 119)
Rasulullah s.a.w. juga sering menggalakkan umatnya untuk bersikap jujur dan menjelaskan bahawasanya kejujuran itu pintu kepada kebaikan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya, kejujuran itu membawa kepada kebaikan. Sesungguhnya, kebaikan itu membawa kepada syurga. Seseorang tidaklah sentiasa jujur melainkan akhirnya Allah s.w.t. menulisnya (menggelarnya) sebagai orang yang siddiq…" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sheikhu Sheikhna Sidi Abdul Qadir Isa r.a. berkata: "Sesungguhnya, tidak ada yang lebih tinggi dari maqam kejujuran melainkan maqam kenabian. Adapun maqam kejujuran itu, merupakan maqam kewalian yang agung dan khilafah yang besar. Sesungguhnya, dalam maqam inilah, seseorang akan mencapai pembukaan hati dalam mengenal Tuhannya, mendapat penjelmaan Allah s.w.t. dalam perasaannya, kerana kesempurnaan nafsunya dan kebaikan sifatnya."
Dalil-dalil daripada As-Sunnah Mengenai Kejujuran
Nabi s.a.w. juga sering menggalakkan umatnya untuk bersikap jujur dan menjelaskan bahawasanya kejujuran itu pintu kepada kebaikan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya, kejujuran itu membawa kepada kebaikan. Sesungguhnya, kebaikan itu membawa kepada syurga. Seseorang tidaklah sentiasa jujur melainkan akhirnya Allah s.w.t. menulisnya (menggelarnya) sebagai orang yang siddiq…" (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.w.t. juga pernah bersabda yang bermaksud
"Kejujuran itu ialah ketenangan…" (Hadith riwayat At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w. juga mencela sifat yang berlawanan dengan kejujuran iaitu sifat dusta, seperti sabda Baginda s.a.w. ketika seorang sahabat r.a. bertanya: "Adakah seseorang mu'min itu pendusta?"
Lalu, Nabi s.a.w. menjawab: "Tidak" (Hadith riwayat Imam Malik)
Peringkat-peringkat Kejujuran
Pertama: Peringkat kejujuran yang pertama bagi seseorang hamba ialah, jujur dalam bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t., kerana ia merupakan asas bagi amal soleh, dan awal peringkat kesempurnaan.
Seseorang hamba perlulah merealisasikan kejujuran dalam bertaubat, dengan penuh keikhlasan, agar taubat tersebut merupakan taubat nasuha, yang merupakan pintu utama untuk memasuki perjalanan menuju Allah s.w.t..
Dia tidak bertaubat melainkan kerana merasakan bahawa, Dia ingin kembali kepada Allah s.w.t., takkala sedar akan ketelanjurannya selama ini dalam bermu'amalah dengan Tuhannya yang Maha Menyayanginya dengan sepenuh makna cinta, bukan bertaubat kerana dipaksa, atau bertaubat kerana inginkan kesenangan duniawi semata-mata, atau bertaubat kerana ingin mendapat karamah dan sebagainya.
Kejujuran pada peringkat ini amatlah penting kerana seseorang tidak akan mencapai kejujuran di peringkat-peringkat yang seterusnya melainkan setelah merealisasikan makna kejujuran pada peringkat ini terlebih dahulu.
Kedua: Jujur dalam mentarbiah nafsu Ammarah (sentiasa mengajak kepada kejahatan).
Sesungguhnya, seseorang hamba perlulah jujur dalam ingin mentarbiah nafsu, untuk memastikan dirinya layak untuk disayangi oleh Allah s.w.t.. Tiada yang membangkitkan keinginannya untuk mentarbiah nafsu melainkan Allah s.w.t. semata-mata.
Ketiga: Jujur dalam melawan syaitan dan menghindarkan diri daripada was-was syaitan.
Dia tidak melawan hasutan syaitan melainkan kerana syaitan itu menghalangnya daripada kebersamaan dengan Allah s.w.t.. Jadi, sesiapa yang memusuhinya kerana dia menuju Allah s.w.t. keranaNya, maka pasti akan diperangi sehabis-habisnya, kerana memnghalangnya daripada menuju kekasihNya iaitu Allah s.w.t..
Keempat: Jujur dalam mengeluarkan dunia dari hatinya. Seseorang yang mampu jujur dalam membuang dunia dari hatinya, maka mudahlah dia untuk berterusan dalam mujahadah dalam menuju Allah s.w..
Kelima: Jujur dalam mencari ilmu, untuk menghilangkan kejahilan dan untuk memperbaiki amalan. Hal ini membawa kepada istiqomah dalam beramal dan melahirkan kekuatan dalam beramal.
Iaitu, kejujuran dalam mencari ilmu ialah, apabila seseorang mencari ilmu untuk menghilangkan kejahilan dan untuk memperbaiki amalannya keranaNya, bukan kerana selain daripada Allah s.w.t..
Ini kerana, ilmu itu boleh jadi hijab jika ia dituntut bukan kerana Allah s.w.t., dan jika ia mengatasi apa yang difahami oleh kita, sehingga membawa kepada terfitnah dengan apa yang didengar, kerana ianya tidak difahami dengan kefahaman yang sebenar. Sebaik-baiknya, belajarlah dengan kadar apa yang diajarkan oleh mursyid kepada kita, dan jujurlah dalam belajar, bukan kerana kepentingan diri, tetapi demi menunaikan kehambaan kita kepadaNya.
Keenam: Jujur dalam beramal. Ini merupakan natijah dari ilmu yang bermanfat itu sendiri. Ia membawa seseorang hamba untuk terus meningkat dengan berterusan, dan menjadikan ilmu sebab untuk penyempurnaannya. Oleh yang demikian, hendaklah dia ikhlas dalam beramal, jika tidak akan masuk dalam dirinya, cintakan kemasyhuran, suka dipuji dan suka manusia memerhatikannya dengan pandangan penuh kemuliaan.
Jujur dalam beramal juga bererti, kita tidak melakukan amalan kerana ingin dikatakan kita sebagai orang yang banyak amalan, atau tidak melakukannya kerana inginkan kedudukan pada pandangan makhluk, tidak melakukannya kerana inginkan kelebihan-kelebihan dari Allah s.w.t. seperti keramat dan sebagainya.
Ketujuh: Ikhlas dalam kejujuran tersebut. Seseorang yang ikhlas kerana Allah s.w.t. dalam kejujurannya, maka dengannya, akan hilang rintangan-rintangan dalam perjalanannya menujuNya, menuju redhaNya, makrifatNya dan cintaNya. Secara ringkasnya, ikhlas dalam kejujuran ialah, seseorang itu tidak merealisasikan kejujuran tersebut melainkan kerana Allah s.w.t..
Ringkasnya, kejujuran kepada Allah s.w.t. dalam erti kata yang sebenar ialah, seseorang itu menginginkan Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t., bukan kerana selain daripadaNya, hatta bukan kepentingan dirinya sendiri.
Untuk mencapainya amat sukar, namun mudah jika Allah s.w.t. yang membantu kita untuk mencapainya. Jadi, pohonlah agar Allah s.w.t. mengurniakan kepada kita kejujuran dalam menujuNya kerana kejujuran dalam menujuNya merupakan pintu utama untuk masuk ke hadrahNya.
Faktor-faktor Perangsang Kejujuran Terhadap Allah s.w.t. dalam Diri
Adapun dua faktor utama dalam diri manusia, yang menjadi unsur kekuatan utama dalam merangsang kejujuran dalam diri untuk menuju Allah s.w.t. adalah:
Pertama: Rasa Diri Lemah dan Memerlukan (Ihtiaj)
Kedua: Rasa Ingin Mencintai dan Dicintai
Seseorang yang merasa dirinya lemah dan memerlukan Allah s.w.t. dalam kehidupannya, maka pasti dia akan jujur dalam beribadah dan mencari hanya redha dan bantuan Allah s.w.t. dalam kehidupannya.
Seseorang yang merasakan dirinya ingin dicintai Allah s.w.t., maka pasti akan jujur dalam ketaatannya kepada Allah s.w.t..
Kesimpulan
Sesiapa yang jujur dalam hatinya, maka seluruh perbuatannya akan mencerminkan kejujuran dalam hatinya. Hendaklah seseorang itu jujur dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t..
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil ( iibnuishak@yahoo.com)aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-76593153903838416312010-02-22T10:30:00.000-08:002010-02-22T10:31:44.099-08:00Hakikat Mencintai RasulullahSetiap tahun umat Islam menyambut meriah kehadiran 12 Rabiul Awal, iaitu tarikh yang dikaitkan dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai upacara akan diatur sempena hari tersebut yang juga dikenali sebagai maulidul rasul seperti perarakan besar-besaran, upacara marhaban dengan membaca kitab berzanji, mengadakan jamuan-jamuan makan dan ceramah-ceramah agama. Semuanya ini dilaksanakan demi untuk menggambarkan perasaan kasih dan sayang terhadap junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Saban tahun 12 Rabiul Awal muncul, maka saban tahun juga polemik tentang sunnah atau bidaah nya menyambut maulidul rasul akan muncul. Pihak yang menentang sambutan maulidul rasul menyatakan ia adalah bidaah kerana ia tidak pernah dilaksanakan pada zaman Nabi s.a.w dan sahabatnya serta pada zaman para salafussoleh . Malah imam-imam mazhab yang empat seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad r.h juga tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.
Timbul persoalan adakah mereka semua ini tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul? Bagi pihak yang menyokong sambutan ini mereka beranggapan ia adalah bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan baginda s.a.w. dan mencerminkan kasih sayang kita kepada baginda. Apatah lagi tidak terdapat larangan yang khusus daripada ALLAH serta Rasul-NYA ke atas sambutan maulidul rasul ini.
Apa pun jua kita tidak ingin menyambung polemik ini yang akan sentiasa dibahaskan tanpa penghujungnya. Apa yang ingin kita bahaskan di sini adalah tentang tatacara untuk membuktikan kasih sayang kita serta pengagungan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa golongan yang pertama kali mengadakan upacara sambutan maulidul rasul ini adalah Bani Ubaid al-Qadah dari kelompok Fatimiyyah yang memerintah Mesir bermula dari 362 sehingga 567 Hijrah. Mereka ini berfahaman syiah al-Rafidhah dan juga terpengaruh dengan aliran Qaramithah al-Bathiniyah iaitu kelompok yang terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah.
Kerajaan Fathimiyah ini menganjurkan upacara peringatan maulidul rasul ini bukan atas dasar cinta mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi, tujuan utama mereka adalah berunsur politik yakni untuk mencari pengaruh serta sokongan daripada rakyat demi menutupi kesesatan mereka.
Jika mereka inilah pelopor sambutan maulidul rasul, jadi bagaimanakah caranya para salafussoleh mempamerkan kecintaaan mereka kepada Rasulullah s.a.w? Tentu sekali kita telah fahami bahawa golongan yang paling mencintai Nabi Muhammad s.a.w. adalah para sahabatnya. Malah, generasi terbaik mencontohi baginda s.a.w adalah para sahabat, tabi’in dan tabi’ al-Tabi’in sebagaimana sabdanya:
خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
"Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ al-Tabi’in)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Manaqib, hadis no: 3650.
Telah terbukti mereka ini tidak pernah menyambut maulidul rasul. Jadi bagaimanakah pandangan mereka tentang hakikat sebenar mencintai Rasulullah s.a.w.. Oleh itu, melalui makalah ini penulis akan cuba mengungkap hakikat tersebut.
Kewajipan Mencintai Nabi s.a.w
Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting serta mendasar. Seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad s.a.w melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.
Firman ALLAH S.W.T:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." – Surah al-Taubah (9) : 24.
Firman ALLAH S.W.T:
"Nabi itu (hendaklah) lebih diutamakan bagi orang-orang yang beriman berbanding diri mereka sendiri." – Surah al-Ahzab: 6.
Sabda Rasulllah s.a.w:
أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ
Maksudnya:
"Aku lebih utama bagi setiap mukmin berbanding dirinya sendiri." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Jamaah, hadis no: 6.
Sabda Rasulllah s.a.w:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Maksudnya:
"Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu semua sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Imaan, hadis no: 15.
Masih terdapat banyak lagi dalil sedemikian rupa yang tidak lain menunjukkan kewajipan mencintai baginda s.a.w di mana ia merupakan antara ciri-ciri golongan beriman. Rasulullah s.a.w. berhak meraih cinta tersebut kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi ALLAH, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam. Mencintai Nabi Muhammad s.a.w merupakan kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan ALLAH yang merupakan sebahagian dari kalimah syahadah.
Hakikat Mencintai Rasulullah
Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri-ciri tertentu. Di sini penulis akan menampilkan beberapa tanda-tanda yang menggambarkan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:
1. Mentauhidkan ALLAH S.W.T.
Hikmah utama diutusnya para rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan sesungguhnya KAMI telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah ALLAH dan jauhi Taghut." – Surah al-Nahl: 36.
Al-Hafiz Ibn Kathir r.h berkata:
"Semua para rasul mengajak beribadah kepada ALLAH dan melarang beribadah kepada selain-NYA. Malah, ALLAH sentiasa mengutus para rasul dengan tugas tersebut semenjak terjadinya kesyirikan yang dilakukan oleh kaum Nabi Nuh a.s. Dialah rasul pertama diutus oleh ALLAH kepada penghuni bumi hingga penutup para rasul, iaitu Muhammad s.a.w yang menyampaikan dakwahnya kepada bangsa jin dan manusia di timur dan barat. Keadaan mereka semua ini digambarkan sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
"Dan KAMI tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul melainkan KAMI wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada TUHAN (yang berhak disembah) melainkan AKU. Oleh itu, beribadahlah kamu kepada-KU." – Surah al-Anbiya': 25.
Maksud mentauhidkan ALLAH adalah beribadah hanya kepada ALLAH sahaja dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun. Inilah pengertian sebenar kalimah tauhid, iaitu La Ilahaa Illaallah (Tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan ALLAH) dengan memurnikan ibadah hanya kepada-NYA dan berlepas diri dari segala sesuatu selainnya. Inilah misi utama Nabi Muhhamad s.a.w terhadap umatnya.
Oleh itu, untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w, kita hendaklah menghindari amalan-amalan syirik seperti menyembah berhala, mengikhlaskan ibadah kita hanya kepada ALLAH, berdoa hanya kepada ALLAH tanpa perantaraan (wasilah) yang tidak di izinkan-NYA seperti bertawassul di kuburan para wali, mentaati hukum-hakam ALLAH serta berlepas diri daripada hukum buatan manusia yang tidak selari dengan syarak, tidak memakai tangkal, tidak bertilik nasib, tidak berjumpa bomoh, mengingkari nama-nama dan sifat-sifat ALLAH dan lain-lain lagi. Mentauhidkan ALLAH merupakan bukti paling kukuh menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
2. Mentaati Sunnah Nabi s.a.w.
Di antara tanda-tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya. Pada dasarnya semua perbuatan dan ucapan Nabi s.a.w wajib diikuti dan diteladani.
Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya:
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21
Menurut al-Hafiz Ibn Kathir:
"Ayat ini merupakan dasar utama untuk mencontohi Rasulullah s.a.w baik dalam ucapan, perbuatan mahupun hal ehwal baginda.
Mentaati Rasulullah s.a.w juga adalah bukti yang menunjukkan kita mencintai ALLAH.
Firman ALLAH S.W.T:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutilah aku, pasti ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." – Surah Ali Imran: 31
Mentaati sunnah Nabi juga bermaksud menghindari amalan bidaah. Bidaah seperti yang didefinisikan oleh Imam al-Syathibi r.h ialah:
"Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah dan tujuan mengamalnya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada ALLAH." - Rujuk Kitab Meluruskan Tafsir Bidaah karya Syeikh Alwi bin Abdul Qadir al-Saqqaf yang merupakan ringkasan kepada Kitab al-I’tishom karya Imam Abu Ishaq al-Syathibi (edisi terjemahan oleh Farid Qurusy, Pustaka As-Sunnah, Surabaya (2003), ms. 2.
Berdasarkan definisi ini dapat kita fahami bahawa medan operasi bidaah adalah dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama sahaja. Oleh itu apa jua bentuk rekaan terkini di dalam hal kehidupan duniawi maka ia tidak termasuk di dalam ruang lingkup perbahasan bidaah menurut definisi syarak.
Ini kerana, terdapat dalil-dalil yang menggalakkan umat Islam untuk terlibat di dalam usaha mencipta rekaan-rekaan terkini demi kemajuan umat Islam. Dalam hal ehwal duniawi, manusia memiliki kebebasan untuk melakukan inovasi termoden asalkan ia tidak mendatangkan keburukan kepada orang ramai serta tidak bertentangan dengan syariah.
Sabda Nabi s.a.w:
أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ
Maksudnya:
"Kamu lebih tahu hal ehwal dunia kamu." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Fadhail, hadis no: 2363.
Sabda Nabi s.a.w:
مَا كَانَ مِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَأَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ وَمَا كَانَ مِنْ أَمْرِ دِينِكُمْ فَإِلَيَّ
Maksudnya:
"Jika sesuatu urusan termasuk hal ehwal dunia kamu, kamu lebih tahu untuk menguruskannya dan jika sekiranya termasuk urusan agama kamu, kembalikanlah kepada aku." - Hadis riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, kitab al-Ahkam, hadis no: 2462.
Bidaah yang kita maksudkan di sini adalah mengada-adakan ritual-ritual agama baru yang tidak pernah diajar atau diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Seluruh bidaah yang bersangkutan dengan agama ini adalah sesat dan pengamalannya adalah sia-sia kerana ia tidak diterima oleh ALLAH.
Sabda Nabi s.a.w:
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
Maksudnya:
"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bidaah), setiap perkara yang diada-adakan termasuk kategori bidaah dan setiap perkara yang bidaah adalah sesat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Jama’ah, hadis no: 867.
Sabda Nabi s.a.w:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718
Oleh itu, memerangi amalan bidaah merupakan satu bukti yang menunjukkan kecintaan kita kepada sunnah Nabi s.a.w. Sebaliknya, mengamalkan amalan bidaah menggambarkan pengkhianatan kita kepada baginda. Imam Malik r.h berkata:
"Sesiapa yang mencipta bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w mengkhianati risalah. Ini kerana, ALLAH telah berfirman:
"Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu." – Surah al-Maidah: 3.
Setiap perkara yang ada pada hari tersebut tidak termasuk urusan agama, maka ia juga tidak akan menjadi sebahagian dari agama pada hari ini." – Rujuk Kitab Meluruskan Tafsir Bidaah karya Alwi bin Abdul Qadir al-Saqqaf, ms. 14.
Oleh itu, berhati-hatilah dengan amalan-amalan bidaah walaupun ia nampak baik dan bertujuan mulia. Ingatlah pesan Abdullah bin Umar r.a:
كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَاِنْ رآهَا النَّاسُ حَسَنَةٌ
Maksudnya:
“Setiap bidaah itu sesat, walaupun manusia memandangnya (perbuatan bi’dah tersebut) hasanah (baik).” – Atsar riwayat al-Lalaka-i di dalam Syarh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Ibn Nashir di dalam al-Sunnah dan oleh Ibn Battoh di dalam al-Ibanah.
3. Menyebarkan Sunnah Nabi s.a.w.
Mencintai Nabi s.a.w bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda. Malah, antara tanda kesempurnaan perasaan cinta kepada baginda adalah dengan menyebarkan sunnah-sunnah tersebut kepada seluruh umat manusia. Sabda baginda s.a.w:
فَلْيُبْلِغْ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ
Maksudnya:
"Hendaklah orang yang yang hadir (pada hari ini) menyampaikan (sunnahku) kepada yang tidak hadir." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Haj, hadis no: 1739.
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya:
"Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab Ahadis al-Anbiya’, no: 3461.
Keinginan untuk menyebarkan sunnah Nabi s.a.w, menyampaikannya serta mengajarkannya adalah menyambung tugasan baginda. Sekiranya kerja-kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan pasti sunnahnya akan mati dan digantikan dengan amalan-amalan bidaah .
4. Sentiasa memuji dan mengingatinya.
Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita. Kita sepatutnya selalu mengingati pengorbanan yang telah baginda lakukan demi menyelamatkan umatnya dari kesesatan. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya yang menyuluh perjalanan kita. Kita juga hendaklah hanya menyibukkan diri dengan sejarah baginda yang sahih dan menghindari cerita-cerita palsu dan lemah yang banyak tersebar dalam masyarakat.
Penulis juga menganjurkan para ulama mengkaji semula kandungan kitab marhaban atau berzanji yang sering dibacakan ketika majlis-majlis maulid kerana di dalamnya terdapat banyak kisah-kisah palsu serta riwayat yang daif (lemah) serta tidak mempunyai sandaran malah boleh membawa kepada kesyirikan dan khurafat. Bagi umat Islam di Malaysia, disaran agar mendapatkan kitab-kitab Sirah Nabi yang muktabar untuk dijadikan rujukan.
Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya.
Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-NYA berselawat kepada Nabi. (Oleh itu) wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh penghormatan." – Surah al-Ahzab: 56
Selawat-selawat yang kita ucapkan mestilah bersumber dari hadis-hadis yang sahih dan bukan selawat-selawat ciptaan manusia. Antara kalimah selawat yang baginda telah ajarkan adalah seperti berikut:
Pertama:
Abdul Rahman bin Abi Lailah r.a berkata:
“Saya berjumpa dengan Ka’ab bin Abi Lailah lalu dia berkata: Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku pernah mendengarnya daripada Nabi s.a.w? Jawabku: Sudah tentu! Hadiahkanlah kepadaku. Dia berkata: Kami (para sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahli bait kerana sesungguhnya ALLAH telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya) kami memberi salam (kepadamu)? Baginda menjawab: Ucapkanlah oleh kamu semua,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
“Ya ALLAH! Selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya ALLAH! Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab Ahadith al-Anbiya’, hadis no: 3370.
Kedua:
Musa bin Talhah meriwayatkan daripada bapanya (iaitu Talhah bin ‘Ubaidullah) r.a katanya:
“Kami (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu? Baginda bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
“Ya ALLAH! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 1323 dan juga diriwayatkan oleh Imam al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , kitab al-Sahwa, hadis no: 1273 dan 1274.
Ketiga:
Abu Mas’ud al-Anshari r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w datang kepada kami sedang kami berada dalam majlis Sa’ad bin ‘Ubadah. Kemudian Basyir bin Sa’ad bertanya kepada baginda: ALLAH telah memerintahkan kepada kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu? Abu Mas’ud berkata: Lalu Rasulullah s.a.w diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Sa’ad) tidak bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
“Ya ALLAH! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya ALLAH! Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah memberkati keluarga Ibrahim mengatasi seluruh alam. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai, kitab al-Sahwa, hadis no: 1268 dan juga diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 3144.
Keempat:
Abu Humaid al-Saa’idi r.a berkata:
“Sesungguhnya mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana (cara) kami berselawat kepadamu? Jawab baginda: Ucapkanlah,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
“Ya ALLAH! Selawatlah kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya ALLAH! Berkatilah Muhammad, isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana ENGKAU telah memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Anbiya’, hadis no: 3369 dan kitab al-Da’wat, hadis no: 6360. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahih Muslim, kitab al-Solah, hadis no: 407.
Selain dari selawat-selawat di atas, terdapat beberapa lagi cara selawat yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w dan boleh kita dapati dari hadis-hadis sahih. Semuanya boleh dimanfaatkan ketika ingin berselawat kepada baginsa s.a.w. Sewajarnya kita mencontohi cara bacaan yang benar-benar telah diajar oleh baginda sendiri.
Dewasa ini ramai orang yang tidak mengambil peduli sunnah yang benar-benar mencontohi Rasulullah s.a.w berkaitan tatacara berselawat. Malah, mereka bukan sekadar menambah lafaz sayyidina atau lafaz-lafaz lain dalam selawat, tetapi ada yang sampai ke tahap menggubah tatacara atau lafaz-lafaz baru secara total tanpa ada contohnya daripada Nabi s.a.w, para sahabat, tabi’in, tabi’ al-Tabi’in mahupun imam-imam mazhab yang empat. Pada tanggapan mereka ini adalah satu perbuatan yang lebih bermanfaat berbanding lafaz asal yang datang daripada baginda s.a.w.
Tindakan sebegini sepatutnya dihindari secara total oleh umat Islam dan kembali kepada ajaran Nabi s.a.w sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis sahih. Ini kerana, Nabi Muhammad s.a.w adalah makhluk paling sempurna ibadahnya dan yang paling mulia di sisi ALLAH. Sewajarnya kita tidak mencontohi ikutan selain baginda s.a.w.
Menurut Syeikh Abu Ubaidah:
"Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi s.a.w merupakan contoh ibadah dan sesuatu bersifat tauqifi. Kita tidak boleh menambah mahupun mengubah lafaz yang telah ditetapkan dengan bentuk formula selawat yang baru. Tindakan itu merupakan salah satu bentuk pembangkangan terhadap pemilik syariat (ALLAH) yang sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati." - Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Solat, edisi terjemahan oleh W. Djunaeidi S, Pustaka Azzam, Jakarta (2001), ms. 162.
Sememangnya, berselawat kepada baginda disyariatkan dalam pelbagai ibadah seperti tasyahhud dalam solat, khutbah, solat jenazah, sesudah azan, saat berdoa, saat namanya disebut dan pelbagai kesempatan lain.
5. Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w.
Antara tanda cinta seseorang kepada Nabi s.a.w adalah mencintai mereka yang dicintai oleh baginda seperti ahli keluarga dan para sahabatnya serta membenci mereka yang memusuhi, membenci serta menentang dakwah baginda.
Sabda Rasulullah s.a.w:
لاَ تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِي فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ
Maksudnya:
"Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab Fadhail al-Sohabah, hadis no: 2541.
Sabda Nabi s.a.w:
أَلاَ أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ثُمَّ قَالَ وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي
Maksudnya:
"Wahai manusia! Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang hampir sahaja utusan TUHANku (malaikat maut) datang menjemputku lalu aku memenuhinya. Aku akan meninggalkan kepadamu tsaqalain (dua perkara yang berat):
Pertama, Kitabullah yang berisi petunjuk dan cahaya. Berpegang teguhlah kepada Kitabullah. Baginda menganjurkan atas Kitabullah dan motivasi untuk itu,
Kemudian baginda bersabda: Dan juga ahli baitku. Aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH tentang ahli baitku, aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH tentang ahli baitku." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab Fadhail al-Sohabah, hadis no: 2408.
Secara logiknya, sesiapa yang mencintai seseorang dia juga akan mencintai apa yang dicintai oleh orang yang disayangi. Hal ini dikuatkan dengan dalil berikut:
"Sesungguhnya sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan mencintai segala yang disukainya, yang serupa dengannya dan segala yang ada kaitan dengannya." - Rujuk Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari karya al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani.
6. Membenci Orang Yang Dibenci Oleh Nabi s.a.w.
Hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan yang bertentang dengan syarak. Firman Allah S.W.T..
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya; dan DIA akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. – al-Mujadaalah (58) : 22
7. Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik.
Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, hukum-hakam ALLAH serta sunnah-sunnah baginda s.a.w sedang hebat diperlekehkan oleh kelompok-kelompok munafik seperti gerakan Islam liberal, golongan anti hadis, para orientalist dan kelompok sesat yang lain.
Oleh itu, antara tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan membantah hujah-hujah golongan tersebut dan membela baginda dengan memberikan penjelasan kepada seluruh umat Islam terhadap isu-isu batil yang dibangkitkan oleh musuh-musuh ALLAH.
Sabda Nabi s.a.w:
مَنْ يَرُدُّهُمْ عَنَّا وَلَهُ الْجَنَّةُ أَوْ هُوَ رَفِيقِي فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
"Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al Jihad wa al-Siyara, hadis no: 1789.
ALLAH akan sentiasa menghargai mereka yang membela agama-NYA dengan memberi pertolongan kepada mereka.
Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya ALLAH pasti menolong mereka yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya ALLAH benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." – Surah al-Haj: 40.
Demikianlah beberapa tanda yang menggambarkan hakikat sebenar mencintai Nabi Muhammad s.a.w. Jelas di sini bahawa hakikat mencintai Nabi s.a.w bukanlah satu perkara yang datang hanya setahun sekali, iaitu pada tarikh 12 Rabiul Awal sahaja atau dengan hanya menganjurkan upacara-upacara tertentu sempena maulidur rasul. Malah, mencintai Nabi Muhammad s.a.w adalah satu proses berterusan dan sentiasa perlu diberi perhatian setiap waktu dan ketika.
Jelas juga kepada kita bahawa antara ciri-ciri utama golongan yang benar-benar mencintai baginda adalah mereka yang sentiasa berusaha menegakkan sunnah serta menentang bidaah.
Semoga sambutan maulidur rasul di Malaysia benar-benar akan menggambarkan hakikat sebenar kecintaan umat Islam di negara ini terhadap Nabi Muhammad s.a.w dengan menyisihkan segala amalan-amalan bidaah yang dikhususkan sempena sambutan hari yang penuh bermakna bagi seluruh umat Islam. Cinta kepada Rasulullah s.a.w dapat dibuktikan dengan ittiba’ (mengikuti sunnah Nabi s.a.w) dan bukan ibtida’ (mengamalkan amalan bidaah).aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-27102208852633968742010-02-22T03:06:00.000-08:002010-02-22T03:07:38.513-08:00Mengenal Allah s.w.tSatu Hadis Nabi Muhammad SAW. yang masyhur ialah;
"Siapa yang mengenal dirinya, mengenal ia akan TuhanNya"
Ini berarti dengan mematuhi dan memikirkan tentang dirinya dan sifat-sifatnya, manusia itu bisa sampai mengenal Allah. Tetapi oleh karena banyak juga orang yang memikirkan tentang dirinya tetapi tidak dapat mengenal Tuhan, maka tentulah ada cara-caranya yang khusus bagi mengenal ini.
Sebenarnya ada dua cara untuk mencapai pengetahuan atau pegenalan ini. Sala satunya sangat sulit dan sukar difaham oleh orang-orang biasa, maka cara yang ini tidak usahlah kita terangkan di sini. Yang satu cara lagi adalah seperti berikut: apabila seseorang memikirkan dirinya, dia tahu bahwa ada satu ketika ia tidak berwujud, seperti tersebut dalam Al-Quran: "Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut (QS. 76:1) Selanjutnya ia juga tahu bahwa ia dijadikan diri setitik air yang tidak ada akal, pendengar, penglihatan, kepala, tangan, kaki dan sebagainya, dari sini teranglah bahwa walau bagaimanapun seseorang itu mencapai taraf kesempurnaan, tidaklah dapat ia membuat dirinya sendiri meeskipun hanya sehelai rambut.
Tambahan pula jika ia setitik air, alangkah lemahnya ia? Demikianlah seperti yang kita lihat di bab pertama dulu, didapatinya dalam dirinya kekuasaan, kebijaksanaan dan cinta Allah terbayang dalam bentuk yang kecil. Jika semua pendeta dalam dunia ini berkumpul dan mereka tidak mati, niscaya mereka tidak dapat mengubah dan membaiki bentuk walau satu bagian dari badannya itu.
Misalnya, dalam penggunaan gigi depan dan gigi samping untuk menghancurkan makanan, penggunaan lidah, air liur, tengkuk, kerongkong, kita dapatinya penciptaan itu tidak dapat diperbaiki lagi. Begitu juga, fikirkan pula tangan dan jari kita. Jari ada lima dan tidak pula sama panjang, empat daripada jari itu mempunyai tiga persendian, dan ibu jari hanya ada dua persendian, dan lihat pula bagaimana ia bisa digunakan untuk memegang, mencincang, memukul dan sebagainya. Jelas sekali manusia tidak akan dapat berbuat demikian, meski hendak menambah atau mengurangkan jumlah jari itu dan susunannya .
Lihat pula makanan, tempat tinggal kita dan sebagainya. Semuanya cukup dikurniakan oleh Allah yang maha kaya. Tahulah kita bahwa rahmat atau Kasih Sayang Allah itu sama dengan Kekuasaan dan KebijaksanaaNya, seperti firman Allah Subhanahuwa Taala.
"RahmatKu itu lebih besar dari kemurkaanKu"
Dan sabda Nabi SAW.,
"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya"
Demikianlah, dari makhluk yang dijadikanNya, manusia bisa tahu tentang wujud Allah; dari keajaiban badannya, ia dapat tahu tentang Kekuasaan dan Kebijaksanaanya Allah; dan dari kurnia rezeki Tuhan yang tidak terbatas itu, nampaklah Cinta Allah kepada hambaNya. Dengan cara ini, mengenal diri sendiri itu menjadi anak kunci kepada pintu untuk mengenal Allah Subhanawa Taala.
Sifat-sifat manusia itu adalah bayangan Sifat-sifat Allah. Begitu juga cara wujud ruh manusia itu memberi kita sedikit pandangan tentang wujud Allah, yaitu Allah dan ruh itu tidak kelihatan, tidak bisa dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan, tidak tunduk kepada ruang dan waktu, diluar kemampuan kuantitas (jumlah) dan kualitas, dan tidak bisa diperikan dengan bentuk, warna atau ukuran. Orang merasa sulit hendak membentuk satu konsep berkenaan hakikat-hakikat ini karena ia tidak termasuk dalam bidang kualitas dan kuantitas, dan sebagainya, tetapi coba perhatikan betapa susah dan payahnya memberi konsep tentang perasaan kita sehari-hari seperti marah, suka, cinta dan sebagainya. Semua itu adalah konsep fikiran atau tanggapan khayalan, dan tidak dapat dikenali oleh indera. kualiti, kuantiti dan sebagainya dan itu adalah konsep indera(tanggapan pancaindera). Sebagaimana telinga kita tidak dapat megenal warna, dan mata kita tidak dapat mengenal bunyi, maka begitu jugalah mengenal Ruh dan Allah itu bukanlah dengan inderanya.
Allah itu adalah Pemerintah alam semesta raya ini. Dia tidak tunduk kepada ruang dan waktu, kuantiti dan kualiti, dan menguasai segala makhluknya. Begitu juga ruh itu memerintah badan dan anggotanya. Ia tidak bisa dilihat, tidak bisa dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan dan tidak tunduk kepada tempat tertentu. karena bagaimana mungkin sesuatu yang tidak bisa dibagi-bagikan itu diletak kedalam sesuatu yang bisa dibagi atau dipecah? Dari keterangan yang kita baca diatas itu, dapatilah kita lihat bagaimana benarnya sabda Nabi SAW.: "Allah jadikan manusia menurut rupanya".
Setelah kita mengenal Zat dan Sifat Allah hasil dari perhatian dan tafakur kita tentang zat dan sifat Ruh, maka sampailah pengenalan kita kepada cara-cara kerja dan pemerintahan Allah Taala dan bagaimana ia mewakilkan Kuasa-Kuasanya kepada malaikat-malaikat, dan lain-lain, dengan cara memerhati dan bertafakur tentang bagaimana diri kita memerintah alam kecil kita sendiri.
Kita ambil satu contoh: Katakanlah seorang manusia hendak menulis nama Allah. Mula-mulanya kehendak atau keinginan itu terkandung dalam hatinya. Kemudian dibawa ke otak oleh daya ruhani.. Maka bentuk perkataan "Allah" itu terdapat dalam khayalan atau fikiran otak itu. Selepas itu ia mengembara melalui saluran urat saraf, lalu menggerakkan jari dan jari itu mengerakkan pena. Maka tertulislah nama "Allah" atas kertas, serupa seperti yang ada didalam otak penulis itu.
Begitu juga apabila Allah Subahanahuwa Taala hendak menjadikan sesuatu perkara, Ia mula-mulanya nampak dalam peringkat keruhanian yang disebut didalam Quran sebagai "Al-'Arasy". Dari situ ia turun dengan urusan Keruhanian ke peringkat yang di bawahnya yang digelar "Al-Kursi". Kemudian bentuknya nampak dalam "Al-Luh Al-Mahfuz". Dari situ dengan perantaraaan tenaga-tenaga "Malaikat" terbentuklah perkara itu dan kelihatanlah di atas bumi ini dalam bentuk tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan binatang; yang mewakilkan atau menggambarkan Iradat dan Ilmu Allah. Sebagaimana juga huruf-huruf yang tertulis, yang menggambarkan keinginan dan kemahuan yang terbit dan terkandung dalam hati; dan bentuk itu dalam dalam otak penulis tadi.
Tidak ada orang yang tahu Hal Raja melainkan Raja itu sendiri. Allah telah memberi kita Raja dalam bentuk yang kecil yang memerintah kerajaan yang kecil. Dan ini adalah satu salinan kecil Diri(Zat)Nya dan KerajaanNya. Dalam kerajaan kecil pada manusia itu, Arash itu ialah Ruhnya; ketua segala Malaikat itu ialah hatinya; Kursi itu otaknya; Luh Mahfuz itu ruang khazanah khayalan atau fikirannya. Ruh itu tidak bertempat dan tidak bisa dibagikan dan ia memerintah badanya; sebagaimana Allah memerintah Alam Semester Raya ini. Pendeknya, tiap-tiap orang manusia itu diamanahkan dengan satu kerajaan kecil dan diperintahkan supaya jangan lengah dan lalai mengatur kerajaan itu.
Berkenaan dengan mengenal ciptaan Allah Subhanahuwa Taala, ada banyak derajat pengetahuan. Ahli Ilmu Alam yang biasa adalah ibarat semut yang merangkak atas sekeping kertas dan memerhatikan huruf-huruf hitam terbentang di atas kertas itu dan merujukkan sebab kepada pena atau qalam itu saja.
Ahli Ilmu Falak adalah ibarat semut yang luas sedikit pandangannya dan nampak jari-jari tangan yang menggerakkan pena itu, yaitu ia tahu bahwa unsur-unsur itu adalah daya bintang-bintang, tetapi dia tidak tahu bahwa bintang itu adalah di bawah kuasa Malaikat.
Oleh karena berbeda-bedanya derajat pandangan manusia itu, maka tentulah timbul perbedaan hasil atau kesan. Mereka yang tidak memandang lebih jauh dari fenomena alam nyata ini adalah ibarat orang yang mengganggap hamba abdi yang paling rendah itu sebagai raja. Undang-undang alam nyata itu (Fenomena) itu mestilah tetap. Jika tidak, tidak adalah sains. Walau bagaimanapun, adalah salah besar menganggap hamba itu tuannya.
Karena ada perebedaan ini, maka pertengkaran akan terus terjadi. Ini adalah ibarat orang buta yang hendak mengenal gajah. Seseorang memegang kaki gajah itu lalu dikatakannya gajah itu seperti tiang. Seorang lain memegang gadingnya lalu katanya gajah itu seperti kayu bulat yang keras. Seorang lagi memegang telinganya lalu katanya gajah itu macam kipas. Tiap-tiap seorang mengganggap bagian-bagian itu sebagai keseluruhan. Dengan itu, ahli ilmu alam dan ahli ilmu Falak menyanggah hukum-hukum yang mereka dapat dari ahli-ahli hukum. Kesalahan dan sangkaan seperti itu terjadi juga kepada Nabi Ibrahim seperti yang tersebut dalam Al-Quran, Nabi Ibrahim menghadap kepada bintang, bulan dan matahari untuk disembah. Lama kelamaan beliau sadar siapa yang menjadikan semua-benda-benda itu, lalu bisa berkata, "Saya tidak suka kepada yang tenggelam."
Kita selalu mendengar orang merujuk kepada sebab yang kedua bukan kepada sebab yang pertama dalam hal apa yang digelar sakit. Misalnya; jika seseorang itu tidak lagi cenderung kepada keduniaan, segala keindahan tidak lagi dipedulikannya, dan tidak peduli apa pun, maka doktor mengatakan, "Ini adalah penyakit gundah gulana, dan ia perlu obat ini a"
Ahli fisika akan berkata "Ini adalah kekeringan otak yang disebabkan oleh cuaca panas dan tidak dapat dilegakan kecuali udara menjadi lembab."
Ahli nujum akan mengatakan bahwa itu adalah pengaruh bintang-bintang.
"Hanya itulah kebijaksanaanya mereka." Kata Al-Quran, tidaklah mereka tahu bahwa sebenarnya apa yang terjadi ialah: Allah Subahana Wataala memberi kebajikan orang yang sakit itu dan dengan itu memerintahkan hamba-hambanya seperti bintang-bintang atau unsur-unsur, mengeluarkan keadaan seperti itu kepada orang itu agar ia berpaling dari dunia ini mengadap kepada Tuhan yang menjadikannya. Pengetahuan tentang hakikat ini adalah sebuah mutiara yang amat bernilai dari lautan ilmu yang berupa Ilham; dan ilmu-ilmu yang lain itu jika dibandingkan dengan Ilmu Ilham ini adalah ibarat pulau-pulau dalam lautan Ilmu Ilham itu.
Doktor, Ahli Fizik dan Ahli Nujum itu memang betul dalam bidang ilmu mereka masing-masing. Tetapi mereka tidak tahu bahwa penyakit itu bisa dikatakan sebagai "Tali Cinta", yang dengan tali itu Allah menarik AuliaNya kepadaNya. Berkenaan ini Allah ada berfirman yang bermaksud;
"Aku sakit tetapi engkau tidak melawat Aku".
Sakit itu sendiri adalah satu bentuk pengalaman yang dengannya manusia itu bisa mencapai pengetahuan tentang Allah; sebagaimana firman Allah melalui mulut Rasul-rasulNya;
"Sakit itu sendiri adalah hambaKu dan disertakan kepada orang-orang pilihanKu".
Dengan ulasan-ulasan yang terdahulu, dapatlah kita meninjau lebih mendalam lagi maksud kata-kata yang selalu diucapkan oleh orang-orang yang beriman yaitu;
"Maha Suci Allah" (SubhanaLlah)
"Puji-pujian Bagi Allah (Alhamdulillah)
"Tiada Tuhan Melainkan Allah (La ilaha iLlaLlah)
"Allah Maha Besar" (Allahu Akbar).
Berkenaan dengan "Allahu Akbar" itu bukanlah bermaksud Allah itu lebih besar (secara fisik) dari makhluk, karena makhluk itu adalah penampakan-Nya sebagaimana cahaya memperlihatkan matahari. Tidaklah bisa dikatakan matahari itu lebih besar daripada cahayanya. Ia bermaksud yaitu Kebesaran Allah itu tidak dapat disukat dan diukur dan melampaui jangkauan kesedaran; dan kita hanya bisa membentuk gambaran yang tidak sempurna dan tidak nyata berkenaanNya.
Jika seorang kanak-kanak bertanya kepada kita untuk menerangkan enaknya mendapat pangkat yang tinggi, kita hanya dapat mengatakan seperti perasaan kanak-kanak itu tatkala sedang bermain bola, meskipun pada hakikat kedua-dua itu tidak ada persamaan langsung, kecuali hanya kedua-dua perkara itu termasuk dalam jenis kesenangan. Oleh yang demikian, kata-kata "Allahu Akbar" itu berarti Kebesaran itu melampaui semua kuasa pengenalan dan pengetahuan kita. Tidak sempurna pengenalan kita berkenaan Allah itu, bukan dengan pikiran saja tetapi adalah disertai oleh ibadat dan pengabadian kita.
Apabila seorang itu mati, maka ia berhubungan dengan Allah saja. Jika kita hidup dengan orang lain, kebahagiaan kita bergantung kepada derajat kemesraan kita terhadap orang itu. Cinta itu adalah benih kebahagiaan, dan Cinta kepada Allah itu dituju dan dibangun melalui ibadat. Ibadat dan sentiasa mengenang Allah itu memerlukan kita supaya bersikap sederhana dan mengekang kehendak-kehendak badan. Ini bukanlah berarti semua kehendak badan itu dihapuskan; karena itu akan menyebabkan punahnya manusia. Apa yang diperlukan ialah membatasi kehendak-kehendak badan itu. Oleh karena seseorang itu bukanlah Hakim yang paling bijak untuk mengadili dirinya sendiri tentang batas itu, maka ia lebih baik merundingi pemimpin-pemimpin keruhanian dalam perkara ini, dan hukum-hukum yang mereka bawa melalui Wahyi Ilahi menentukan batas yang harus diperhatikan dalam hal ini. Siapa yang melanggar batas berarti Menzholimi dirinya sendiri"(Al-Baqarah; 231).
Walaupun Al-Qur'an telah memberi keterangan yang nyata, masih ada juga orang yang melanggar batas karena kejahilan mereka tentang Allah dan kejahilan ini adalah karena beberapa sebab;
Pertama; ada golongan manusia yang terus mencari Allah melalui pikiran, lalu mereka membuat kesimpulan dengan mengatakan tidak ada Tuhan dan alam ini terjadi dengan sendirinya atau wujudnya tanpa permulaan. Mereka ini seperti orang yang melihat surat yang tertulis dengan indahnya, dan mereka mengatakan surat itu sedia tertulis tanpa penulis atau ada begitu saja.Orang yang seperti ini telah jauh tersesat dan tidak berguna berhujah dan bertengkar dengan mereka. Setengah daripada orang-orang seperti ini adalah Ahli Fizika dan Ahli Bintang yang telah kita sebutkan di atas tadi.
Ada pula setengah orang karena kejahilan tentang keadaan sebenarnya Ruh itu. Mereka menyangkal adanya hidup di Akhirat dan menyangkal manusia itu diadili di sana. Mereka anggap diri mereka itu satu taraf dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan dan akan hancur begitu saja.
Ada juga orang yang percaya dengan Allah dan Hari Akhirat, tetapi kepercayaan atau Iman mereka itu sangat lemah. Mereka berkata kepada diri mereka sendiri;
"Allah itu Maha Agung dan tidak ada sangkut-paut dengan kita, walaupin kita sembah Dia atau tidak; tidak menjadi apa-apa kepadaNya".
Fikiran mereka ini seperti orang sakit yang disuruh makan ubat, tetapi ia berkata; "Apa untung atau ruginya doktor itu jika aku makan obat atau tidak makan obat?". Memang tidak terjadi apa-apa kepada doktor itu tetapi orang itulah yang akan bertambah sakit karenabodohnya. Badan yang sakit berakhir dengan mati. Maka Ruh atau Jiwa yang sakit berakhir dengan kesusahan dan siksaan di akhirat nanti, seperti firman Allah Taala dalam Al-Qur'an yang bermaksud;
"Hanya mereka yang kembali kepada Allah dengan hati yang Salim itulah yang akan terselamat".
Jenis orang yang tidak beriman yang keempat ialah mereka yang berkata;
"Hukum Syariat menyuruh kita jangan marah, jangan menurut nafsu, jangan bersikap munafik. Ini tidak mungkin karena sifat-sifat ini memang telahada semula jadi pada kita. Lebih baik tuan suruh saya membuat yang hitam itu jadi putih".
Mereka ini sebenarnya bodoh. Mereka jahil dengan hukum Syariat. Hukum Syariat tidak menyuruh manusia membuang sama sekali perasaan itu, tetapi hendaklah dikontrol supaya tidak melanggar batas yang dibenarkan. Supaya terhindar dari dosa besar, dan kita bisa memohon keampunan terhadap dosa-dosa kita yang kecil. Sedangkan Rasulullah ada bersabda;
"Saya ini manusia juga seperti kamu, dan marah juga seperti orang lain".
Firman Allah dalam Al-Qur'an;
"Allah kasih kepada mereka yang menahan kemarahan mereka".(Al-Imran:146)
Ini berarti bukan mereka yang tidak ada perasaan marah.
Golongan yang kelima ialah mereka yang menekankan Kemurahan Tuahn saja tetapi menepikan KeadilanNya, lalu mereka berkata kepada diri mereka sendiri;
"Kami buat apa saja karena Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang".
Mereka tidak ingat meskipun Allah itu Pengasih dan Penyayang, namun beribu-ribu manusia mati kelaparan dan karena penyakit. Meraka tahu, barang siapa hendak hidup atau hendak kaya, atau hendak belajar, mestilah jangan hanya berkata; "Allah itu Kasih Sayang". tetapi perlulah ia berusaha sungguh-sungguh. Meskipun ada firman Allah dalam Al-Qur'an; "Tiap-tiap makhluk yang hidup itu Allah beri ia rezeki"(Surah Hud:06); tetapi hendaklah juga ingat Allah juga berfirman; "Manusia tidak akan mendapat apa-apa kecuali dengan berusaha". Sebenarnya mereka yang berpendapat di atas itu adalah dipengaruhi oleh Syaitan dan mereka berkata di mulut saja, bukan di hati.
Golongan keenam pula menganggap mereka telah sampai ke taraf kesucian dan tidak berdosa lagi. Tetapi kalau anda layani mereka dengan kasar dan tidak hormat, anda akan dengar mereka marah dan bertahun-tahun mengatai anda. Dan jika anda ambil makanan sesuap saja yang patut, seluruh alam ini kelihatan gelap dan sempit pada perasaan mereka. Kalau pun mereka itu telah dapat menakluki hawa nafsu mereka, mereka tidak berhak menganggap dan mengatakan diri mereka itu tidak berdosa lagi, karena Nabi Muhammad SAW. sendiri, manusia yang paling tinggi darajatnya, sentiasa mengaku salah dan memohon ampun kepada Allah. Setengah daripada Rasul-rasul itu sangat takut berbuat dosa sehingga pada perkara- perkara yang halal pun mereka menghidarkan diri .
Diriwayatkan, suatu hari Nabi Muhammad SAW. telah diberi sebiji Tamar. Beliau enggan memakannya kerena beliau tidak pasti Tamar itu didapati secara halal atau tidak. Tetapi mereka menelan arak berbotol-botol banyaknya dan berkata mereka lebih mulia daripada Nabi. (Saya menggeletar semasa menulis ini). Pada hal sebutir Tamar pun tidak disentuh oleh Nabi jika belum pasti sama ada halal atau tidak. Sesungguhnya mereka telah diseret dan disesatkan oleh Iblis.
Aulia Allah yang sebenarnya mengetahui bahwa orang yang tidak menundukkan hawa nafsunya tidak patut dipanggil "orang" dan orang Islam yang sebenarnya ialah mereka yang dengan rela hati, tidak mahu melanggar Syariat.. Mereka yang melanggar Syariat adalah sebenarnya dipengaruhi oleh Syaitan dan mereka ini sepatutnya bukan dinasihati dengan pena, tetapi adalah sewajarnya dengan pedang.
Sufi-sufi yang palsu ini kadang-kadang berpura-pura tenggelam dalam lautan keheranan atau tidak sadar, tetapi jika anda tanya mereka apakah yang mereka heirankan itu, mereka tidak tahu. Sepatutnya mereka disuruh menungkan keheranan sebanyak-banyak yang mereka suka, tetapi di samping itu hendaklah ingat bahwa Allah Subhanahuwa Taala itu adalah Pencipta mereka dan mereka itu adalah hamba Allah saja.aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-53932525396503300652010-02-22T03:03:00.000-08:002010-02-22T03:05:59.260-08:00Makna InsyaAllah...Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi S.A.W untuk bertanyakan mengenai hal Roh,kisah Ashabul Kahfi & kisah Dzulkharnain. Nabi lalu menjawab, "Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya, " .
Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi S.A.W hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir.
Ketika itu turunlah ayat 23&24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.
" Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ' Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ' , kecuali (dengan menyebut) ' InsyaAllah ' . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ' Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini ' . "
Perkataan ' InsyaAllah ' membawa erti jika Allah mengkehendaki. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai manusia terbatas daripada mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa ke depan. Jika kita sebagai makhluk punya rencana atau perancangan,Allah pula sebagai khalik punya segala kuasa. Dengan demikian ucapan ' Insyaallah ' menunjukkan kepada kerendahan hati kita sebagai seorang hamba dan sedar dengan segala kekuasaan Allah terhadap makhlukNya. Atas dasar itulah Nabi S.A.W sendiripun ditegur oleh Allah S.W.T bila alpa daripada mengucapkan yang demikian.
Sayangnya,sebahagian daripada kita sering melupakan peranan juga kekuasaan Allah ketika hendak mengerjakan segala sesuatu. Sebahagian daripada kita pula malah secara keliru mengamalkan ' InsyaAllah ' untuk melepaskan dan mengelakkan diri daripada sesuatu.
Tatkala kita diundang untuk menghadiri sesuatu majlis,kita melafazkan ucapan ' InsyaAllah ' bukan dengan penuh keyakinan bahawa Allah Taala itu tempat segala kekuasaan tetapi sebagai cara bermuslihat untuk tidak kita menghadirinya. Dalam erti kata ' InsyaAllah ' itu sebenarnya bagi kita hanya ibarat satu alat untuk kita mempertahankan diri dari melaku dan memenuhi segala sesuatu.
Aku cuba cungkilkan sedikit sejarah Tok Guru pondok kat tempat aku belajar dulu yakni kat pondok sungai durian dalam daerah kuala krai..aku cuba taipkan balik semua sejarah hidup Tok Guru pondok aku yang mana artikel nie, telah pun menjadi tesis MASTER kepada menantunya sendiri yang jugak ustaz aku yang bernama Zainuddin Bin Che Seman (Abu Ammar).
1. KETURUNAN DAN LATAR BELAKANG KELUARGA
Nama penuh beliau Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman. Beliau lebih dikenali dengan panggilan “Ayah Haji”. Ayahnya Sulaiman Bin Kecik Bin Isa Bin Che Had. Emaknya Che Mek @ Salamah binti Hamat. Perkongsian hidup antara Lebai Sulaiman dengan isterinya, mereka dianugerahkan sembilan orang cahaya mata. Tuan Guru merupakan anak ketiga daripada sembilan adik beradik. Beliau dilahirkan di kampung Kenor, jajahan Kuala Krai, Kelantan pada tahun 1923M. Lebai Sulaiman iaitu ayah kepada Tuan Guru Haji Abdul Rahman berasal dari Kampung Keluat. Ia ter1etak di seberang Sungai Kelantan bersetentangan dengan Tangga Krai yang ada sekarang. Beliau dan keluarganya telah berpindah ke Kampung Guchil Lama, Kuala Krai. Tidak lama selepas itu beliau berpindah ke Kampung Sentul Lima, Machang. Dan kemudiannya beliau bersama keluarganya berpindah pula ke Kampung Dendang, Ketereh. Beliau meninggal dunia dan dikebumikan di sana. Beliau seorang tokoh agama yang berwibawa dan seorang qari yang baik bacaannya yang lebih dikenali dengan pangilan Tok Lebai Pak Da Sulaiman, Beliau pernah mendapat didikan agama secara formal di institusi pondok di Patani. Beliau juga berkebolehan membaca kitab-kitab jawi tetapi tidak boleh menguasai bahasa Arab. Semasa hayatnya setiap kali berpindah dan memulakan kehidupan di tempat baru, beliau mendirikan sebuah balaisah.
2. PERKAHWINAN
Tuan Guru Haji Abdul Rahman mengakhiri zaman bujangnya ketika berusia 33 tahun apabila melangsungkan perkahwinan dengan salah seorang daripada anak Tok Guru beliau iaitu Syeikh Daud al-Kalantani pada 11 Syawal 1375 bersamaan 23 Mei 1956. Semasa Beliau sedang menuntut di Mekah.
3. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Pendidikan masyarakat Kelantan pada dekad-dekad sebelum merdeka lebih tertumpu kepada pengajian Islam secara tradisional. Ukuran kealiman seseorang itu dilihat pada tempoh pengajian, nama guru-gurunya dan kitab-kitab yang dipelajari. Boleh dikatakan kemuncak pengajian Islam pada masa itu adalah di Mekah.
ü Pengajian Di Tanah Air
Pada peringkat awal Tuan Guru belajar mengaji al-Qur'an dengan ayahnya sendiri. Pada tahun 1934 beliau belajar di Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Krai hingga tamat Darjah Empat. Dengan pencapaian akademik beliau yang cemerlang, beliau telah terpilih ke Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) STIC, Tanjung Malim, Perak untuk menjadi guru pelatih, tetapi tawaran itu tidak mendapat restu daripada ayahnya. Pada tanggal 5hb. Julai 1938, Tuan Guru telah dihantar oleh bapanya untuk belajar di Pondok Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang. Pondok ini ditadbirkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Jalal bin Abdul Raof dan dibantu oleh Haji Hussain bin Abdul Samad. Tuan Guru telah mempelajari dan mendalami disiplin ilmu nahu. Kitab nahu yang beliau pelajari ialah متن الآجرومية , متن القطر , متمة على متن الآجرومية , متن الألفية dan lain-lain lagi. Berkat kesungguhan dan kegigihan, Tuan Guru mampu menguasai pelajaran nahu dengan baik dan boleh berbahasa Arab. Beliau juga mempelajari kitab-kitab Fekah seperti Kitab مطلع البدرين, سبيل المهتدىdan lain-lain lagi. Setelah belajar di Pondok Paloh Rawa, Tuan Guru meneruskan pengajiannya di Pondok Kerawang, Pulau Chondong. Di situ beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Kadir selama enam bulan sahaja. Selepas itu Tuan Guru menyambungkan pengajiannya ke Pondok Kemuning, Machang. Di situ beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Wan Yusuff bin Che' Tengah selama setahun, kemudian meneruskan pelajaran di Pondok But, Kadok, Kota Bharu. Di sana beliau menerima pendidikan agama dengan Tuan Guru Haji Mohd. Nor bin Abdullah. Pada tahun 1949 pula beliau menyambung pengajiannya di Pondok Manabi‘ul Ulum, di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Di sana beliau menerima pendidikan dari seorang ulama terkenal iaitu Tuan Guru Haji Othman bin Jalaludin. Selama dua tahun berada di Pondok Manabi`ul Ulum, Bukit Mertajam, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi di Mekah
ü Pengajian Di Tanah Suci ( 1951-1957M)
Pada tahun 1951M ketika Tuan Guru Haji Abdul Rahman berusia 27 tahun beliau telah pergi ke Mekah dan belajar di Madrasah Dar a1-Ulum al-Diniyyah dan di Masjid al-Haram selama tujuh tahun. Di sana beliau mendalami berbagai bidang ilmu termasuk Syariah, Usuluddin, Tasawwuf, bahasa Arab dan Qira’ah al-Sab‘ah. Semasa belajar di Masjid al-Haram beliau sempat berguru dengan beberapa tokoh ulama terkemuka pada waktu itu. Di antara ilmu dan kitab-kitab yang dipelajarinya di Mekah ialah:
تفسير ( تفسيرالنسفي , تفسيرالخازن, تفسير الجلالين , الصاوي على الجلالين ) حديث (صحيح البخاري, صحيح المسلم , سنن الترمذي , سنن أبي داؤد , سنن النسائي , سنن ابن ماجة) توحيد ( كفاية العوام , البيجوري , الدسوقي) فقة ( حاشيتان للقليوبي وعميرة , بداية الهداية , أذكار النووي , إعانة الطالبين , البجيرمي على الخطيب , الباجورى على ابي قاسم ) أصول الفقة ( التمهيد فى تخريج الفروع على الأصول , المستصفى من علم الأصول , الإحكام في أصول الأحكام ) القواعد الفقهية ( الفوائد الجنية حاشية المواهب السنية على الفوائد البهية ) منطق ( إيضاح المبهم من معان سلم المنطق , حاشية الباجوري على متن السلم , تحرير القواعد المنطقية , التهذيب شرح على تهذيب المنطق والكلام) بلاغة ( التجريد على مختصر التفتازاني , الجوهر المكنون , حاشية الشيخ أحمد بن محمد الصاوي على تحفة الإخوان فى علم البيان ) نحو ( ابن عقيل , الأشمونى ) علم الفلك ( مختصر المهدن فى معرفة التواريخ الثلاث ) تصوف ( إحياء علوم الدين , منهاج العابدين ) فرائض ( النفحة الحسنية على التحفة السنية في على الفرائض , شرح حاشية على شرح متن الرحبية ) القراءآت ( المكرر فيما تواتر من القراءآت السبع وتحرر )
ü Guru-guru Tuan Guru Semasa Di Mekah
o Sheikh Muhammad Daud Bin Sulaiman al-Kalantani
o Sheikh Muhammad Mukhtar al-Kadiri al-Indonesi
o Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib al-Mandili al-Indonesi
o Sheikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani al-Makkio
o Sheikh Pak Da ‘eil al-Fatanio
o Sheikh Zakaria Bilal
o Sheikh Hassan Muhammad al-Masysyat
o Sheikh Hasan al-Yamanio Sheikh Sayyid Abbas bin ‘Alawi al-Maliki
o Sheikh al-‘Arabi al-Idrisi al-Maghribi
o Sheikh Muhammad Amin al-Kutbi
o Sheikh Noor Saif al-Bahri
4. SIFAT PERIBADI DAN KEWIBAWAANNYA
ü Gigih dan tabah
Tuan Guru adalah seorang ulama dan pendakwah yang berjiwa besar, beliau sanggup memenuhi jemputan masyarakat untuk berceramah di merata pelusuk di negeri Kelantan dan di beberapa tempat di negeri Terengganu terutama di daerah-daerah sempadan. Dengan hanya menunggang sebuah motosikal jenama Honda 90 c.c. sebagai kenderaan utamanya. Sekiranya tempat itu jauh beliau terpaksa bermalam di sana dan kalau berhampiran beliau pulang larut malam.
ü Tegas Dengan Pendapat Dan Pendiriannya
Tuan Guru terkenal dengan sifat tegas dan komited dengan pendapat dan pendiriannya terutama yang bersabit dengan hukum. Beliau tidak bertoleransi dengan pendapat yang bercanggah dengan pendapat beliau. Media eletronik seperti televisyen dan radio adalah ditegah dan dilarang sama sekali ditonton dan didengar para pelajar dan semua komuniti yang berada di pondok beliau. Dan sesiapa yang ingkar arahan peraturan itu akan diambil tindakan yang tegas, seperti diberhentikan persekolahannya bagi pelajar, bagi penghuni pondok pula mereka tidak dibenarkan tinggal di sini lagi. Beliau tegas dalam sesuatu hukum, seperti hukum menghisap rokok bagi beliau adalah haram berdasarkan nas-nas dan analogi di segi risiko kesihatan yang dialami penghisap rokok tersebut, sebagaimana diakui oleh pakar-pakar perubatan. Begitu juga dengan pendidikan anak-anaknya. Semua anak-anak beliau mendapat pendidikan awal bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat thānawi di Madrasah Muhammadiah, dan menyambung pelajaran mereka di Arab Saudi iaitu di Pusat Pendidikan Tinggi di Mekah dan di Madinah. Dengan keyakinan beliau semua anak-anak telah berjaya hingga peringkat Doktor Falsafah, sarjana dan sarjana muda. Beliau percaya dan yakin bahawa sesungguhnya pendidikan Islam sahajalah yang mampu membina tamadun manusia samada duniawi dan ukhrawi.
ü Tawaduk dan kuat beribadat
Kebanyakan orang yang mengenali Tuan Guru begitu juga anak-anak muridnya mengatakan beliau mempunyai sifat yang baik, tawaduk dan lembut ketika bercakap, beliau sering mengunakan kata-kata yang baik. Begitu juga terhadap anak-anak dan isteri. Kewibawaannya menyebabkan orang yang mengenali beliau merasa gerun dan hormat. Beliau tidak pernah menggunakan kata-kata yang kasar terhadap ahli keluarga dan sesiapa, apalagi memukul mereka, kecuali membabitkan undang-undang PSD. Dengan dihiasi sifat-sifat tersebut menyebabkan beliau amat dihormati dan disegani oleh masyarakat. Sebagai seorang ulama, beliau tidak suka menghabiskan masa dengan begitu saja. Setiap detik dari hidupnya dipenuhi dengan ibadat sama ada bersolat sunat, mentalaah kitab-kitab, berfikir mengenai permasalahan agama. Beliau amat mengambil berat mengenai waktu lapang. Pada waktu malam beliau sering bangun untuk bersolat tahajud, membaca al-Quran dan berwirid. Menjadi kebiasaan beliau bangun lebih awal sebelum subuh. Beliau juga tidak takabbur dengan gelaran yang dimilikinya. Bahkan beliau lebih suka kalau dipanggil "Ayah Haji". Beliau mempunyai hati yang tabah dalam mengharungi liku-liku hidup. Kesulitan hidup sepanjang menuntut ilmu di pondok dan di tanah suci banyak mengajar beliau untuk meneruskan hidup bersama keluarga. Tuan Guru seorang ulama‘ yang amat mencintai ilmu pengetahuan. Keseluruhan masa mudanya dihabiskan untuk mendalami ilmu pengetahuan dari para ulama‘ di Kelantan dan Mekah. Soal mendapat ganjaran kebendaan dari ilmu tidak pernah difikirkannya. Beliau tidak materialis. Bahkan segala hartanya diwakafkan kepada pondok. Kemuliaan sifat dan ketinggian peribadi Allahyarham menyebabkan beliau dihormati hingga kini walaupun 20 tahun beliau meninggalkan dunia. Beribadat adalah satu-satunya cara sebagai manifestasi ketaatan dan kepatuhan manusia kepada Allah Penciptanya. Kualiti ibadat itu berkait rapat dengan pendidikan dan ilmu agama yang dipelajari dan diamalkan oleh individu dalam kehidupan sehariannya. Di samping ibadat solat dan membaca al-Quran Tuan Guru banyak mengamalkan hizib dan selawat, beliau tidak mengikut mana-mana tariqat, kerana gurunya Sheikh Kadir Abdul al-Mandili memberitahu bahawa tidak ada guru mursyid sekarang. Beliau mengamal hizib yang diterima dari gurunya.
ü Pemurah Dan Dermawan
Sifat murah dan dermawan beliau dapat dirasai dan diakui sendiri oleh sebahagian besar anak muridnya. Sebagai contoh, salah seorang murid tuanya telah menerima sumbangan yang agak besar dari Tuan Guru untuk menjalankan perniagaan sebagai sumber pendapatan bagi menyara hidup keluarga yang sebelum ini mempunyai pendapatan yang tidak seberapa. Begitu juga beliau dengan ringan hati memberi sumbangan derma dalam jumlah yang agak besar kepada guru-guru dan kakitangan PSD bagi membuka dan mengurus sebuah kedai makan, di mana hasil dan keuntungan yang diperolehi dari jualan tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada semua ustaz dan tenaga kerja PSD sekitar pertengahan tahun 80an.
5. PEKERJAAN
Kerjaya beliau adalah guru dan sekaligus pentadbir Madrasah Muhammadiah sejak sekolah itu dibuka pada tahun 1958. Beliau menumpukan sepenuh perhatian untuk memaju dan membangunkan sekolah Itu. Madrasah itu ditadbir oleh sebuah jawatankuasa dan beliau sendiri mempengerusikannya. Organisasi ini mempunyai jawatankuasa kecil bagi mengemaskinikan jentera pentadbiran. Tuan Guru juga pernah ditawarkan jawatan Kadi dan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi kedua-dua jawatan itu ditolak kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian ke atas tugas murninya terhadap sekolah beliau.
6. PENGHARGAAN DAN KURNIAAN
Jasa dan bakti Tuan Guru yang dicurahkan sekian lama dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah telah mendapat penghormatan yang tinggi oleh baginda Sultan Kelantan. Oleh itu beliau telah menerima Pingat Bakti (P.B) dari Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan pada l0 Julai 1968 bersamaan 14hb. Rabiulawal 1388. Semasa hayatnya beliau pernah dilantik menjadi ahli anggota ulama‘ Majlis Ugama Islam Kelantan dan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pengasas penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri pada tahun 1965. Pada 17 Jamadil Akhir 1422 bersamaan 15 September 2001 dikurniakan anugerah Jasamu Dikenang oleh PAS negeri Kelantan sempena sambutan Jubli Emas peringkat negeri. Kemudian pada 23 Rabiulawal 1428 bersamaan 11 April 2007 pula Allayarham Tuan Guru telah diberi penghormatan oleh Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dengan mengisytiharkan Jalan Utama Sungai Durian – Chenulang dengan nama Jalan Tuan Guru Haji Abdul Rahman.
7. PEMIDATO YANG BERWIBAWA BERKARISMATIK
Bakat pidato yang ada pada beliau dititip dan dicanai semenjak di bangku pengajian suatu ketika dahulu digilap dari masa ke semasa. Justeru itu tidak hairanlah Tuan Guru tampil sebagai seorang pemidato yang berwibawa dan berkarismatik mewakili zamannya. Tuan Guru juga menggunakan peluang ini untuk mendidik masyarakat melalui media pidato dan ceramahnya. Para hadirin yang mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau tidak terasa bosan dan jemu walaupun mendengar berjam-jam lamanya. Nada dan gaya yang spontan serta diselitkan dengan sedikit jenaka berjaya memikat hati para penonton. Ceramah beliau banyak berkisar mengenai sirah nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai teladan. Di samping itu beliau mengkritik isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat yang bercanggah dan tidak menepati kehendak Islam. Keadaan sosial, ekonomi dan politik menjadi topik utama dalam ucapan beliau. Beliau bijak memanipulasi isu-isu semasa dan adat tradisi yang masih menjadi amalan masyarakat walaupun ternyata ia bertentangan dengan roh Islam. Meskipun perkara itu menyentuh sensitiviti masyarakat tempatan. Tuan Guru mewujudkan ko-kurikulum di madrasah beliau dan salah satu subjek dalam ko-kurikulum tersebut ialah bidang pidato dan debat. Beliau mendedahkan para pelajar method seni pidato dan debat secara teori dan praktikal.
8. PENTADBIR YANG CEKAP
Tuan Guru merupakan seorang pentadbir yang hebat dan cemerlang, kreatif dan berwawasan. Beliau bertanggung jawab di atas pentadbiran dan pengurusan madrasah sepenuhnya. Pada awal penubuhan sekolah dahulu hanya terdapat sebuah bangunan dengan dua bilik darjah sahaja dan tenaga pengajarnya cuma dua orang iaitu Tuan Guru sendiri dan saudaranya Haji Ismail. Namun beberapa tahun kemudian kemajuan dan pembangunan sekolah semakin dinamik dan progresif, sebuah masjid yang menjadi mercu tanda sebuah institusi pengajian agama berdiri megah mengisi ruang landskap madrasah itu dan sebuah bangunan sekolah tiga tingkat turut dibina. Beliau berjaya meletakkan imej dan prestasi PSD setanding dengan institusi- institusi pondok lain yang terdapat di negeri Kelantan. Reputasi beliau di segi pentadbiran dan pengurusan adalah hebat dan cemerlang kerana beliau sendiri seorang yang proaktif. Beliau sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk memajukan madrasah baik di segi pembangunan fizikal mahupun di segi spiritual. Maka tidak hairanlah pondok beliau menjadi pilihan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar agama. Para pelajar bukan sahaja dan negeri Kelantan bahkan ada pelajar daripada negeri-negeri lain di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Dan juga pelajar-pelajar daripada negara jiran iaitu Singapura, Thailand dan Kemboja.
9. BERKEBOLEHAN DALAM BIDANG SENIBINA
Beliau mendapat pendidikan formal dalam bidang senibina ketika belajar di Masjid al-Haram Mekah. Kebetulan pada masa itu masjid berkenaan sedang dalam proses pembinaan semula. Dengan berbekalkan kemahiran dalam bidang senibina itulah yang banyak membantu beliau dalam mereka bentuk bangunan masjid dan bangunan Madrasah Muhammadiah yang berdiri tegak masa kini. Bahkan dalam masa proses pembinaan bangunan-bangunan tersebut beliau sendiri turut menyumbangkan tenaga bersama-sama dengan para pekerja lain.Semasa bangunan Masjid ar-Rahman di PSD dalam proses pembinaan dengan tiang-tiang dan rangka besi, seorang pekerja telah memotong rangka besi tersebut kerana pada fikirannya rangka itu terlalu panjang tidak mengikut spesifikasi reka bentuk bangunan itu. Apabila beliau melihat rangka besi itu dipotong, segera beliau memanggil pekerja berkenaan dengan nada yang tegas. Beliau telah menerangkan kepada pekerja itu tentang fungsi rangka yang panjang itu adalah sebagai satu mekanisme untuk menguatkan struktur bangunan itu. Dan terpaksa diganti semula rangka yang telah dipotong itu. Kedudukan landskap bangunan-bangunan di PSD menarik dan cantik, Masjid ar-Rahman menjadi induk bagi bangunan-bangunan lain. Ia dibina di lokasi hadapan sekali dengan pintu masjidnya menghadap bertentangan dengan bangunan-bangunan lain di hadapannya seperti Pejabat Madrasah, bangunan-bangunan sekolah dan rumah Tuan Guru Haji. Manakala pondok-pondok penghuni yang terdiri daripada para pelajar dan orang dewasa terletak di suatu penempatan khusus. Pondok-pondok pelajar lelaki dan perempuan diasingkan, begitu juga mereka yang telah berkeluarga.
10. BERKEBOLEHAN DALAM BIDANG PENULISAN
Tuan Guru Haji Abdul Rahman merupakan seorang ilmuan yang berkaliber dan serba boleh. Bukan setakat dapat mengajar sahaja, bahkan beliau juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Antara hasil tulisan beliau semasa hayat ialah “Lawatan Ke Timur Tengah”, “jadual Dua Kalimah Syahadah” dan “Jadual al-Kalam”. Sekalipun tidaklah sebanyak buku-buku yang dituliskan oleh penulis-penulis masyhur yang lain, namun ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai bakat yang terpendam dalam dunia penulisan dan memiliki personaliti yang istimewa.
11. MENYANJUNGI DAN MENGASIHI GURU
Jasa dan pengorbanan guru-guru beliau amat disanjungi oleh Tuan Guru. Beliau menyedari bahawa sesungguhnya peranan dan tugas guru adalah besar dan murni. Islam telah meletakkan darjat dan martabat para guru sebagai pewaris kenabian. Walaupun beliau sibuk dengan tugas rutinnya namun beliau meluangkan sedikit waktu untuk menziarahi guru-guru beliau seperti Tuan Guru Haji Wan Yusuf Kemuning, Tuan Guru Haji Ahmad Kerawang dan Tuan Guru Haji Nor But. Rumah Tuan Guru Haji Nor di pondok But sering diziarahi oleh beliau. Hubungan beliau sekeluarga dengan keluarga Tuan Guru Haji Nor adalah akrab dan intim hingga kini. Sekarang anak-anak Haji Abdul Rahman masih mengunjungi dan mengziarahi keluarga Tuan Guru Haji Nor.
12. MINAT MENGEMBARA
Bertolak dari sebuah catatan Tuan Guru Haji Abdul Rahman yang dinukilkan dalam buku hasil karya beliau yang berjudul “Lawatan ke Timur Tengah”. Beliau telah mengungkapkan rasa hati dan impian beliau yang tersemat sekian lama untuk menziarahi tempat-tempat sejarah yang berkaitan dengan nabi-nabi, para pejuang Islam dan tamadun Islam. Beliau telah mencerita secara kronologi tarikh-tarikh lawatan beliau itu dan dengan gambaran yang menarik mengenai lokasi-lokasi tersebut. Di samping itu dilengkapi pula dengan gambar-gambar foto tempat-tempat dan bangunan-bangunan tertentu.
13. KEMBALI KE RAHMATULLAH
Kita sebagai insan makhluk ciptaan Tuhan tidak boleh lari dari hakikat dan rasional kematian, begitulah apa yang berlaku ke atas Tuan Guru Haji Abdul Rahman. Pada petang Jumaat 18 Februari 1988 beliau terjatuh di dalam bilik air di rumahnya ketika bersiap untuk solat maghrib, dan beliau telah dikejarkan ke Hospital Kuala Krai pada malam itu juga. Namun Allah lebih menyayanginya, pada hari Ahad tepat pada pukul 8.40 malam 4 Rajab 1408 bersamaan 20 Februari 1988 Tuan Guru telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan isteri, anak-anak dan keluarganya. Jenazah beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan Pondok Sungai Durian. Semoga Allah merahmati ke atas rohnya dan menempatkannya bersama para syuhada‘ dan salihin.
PENGORBANAN TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN
1 MEMBUKA PONDOK
PSD adalah satu-satunya pusat pengajian dan pendidikan Islam yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara tradisional dan moden. Ini adalah hasil cetusan pemikiran al-Marhum Tuan Guru. Walaupun cara ini berbeza dengan sistem pengajian pondok yang telah sedia ada. Tujuan beliau untuk mengatasi masalah pelajar di samping memaju dan memperbaharui lagi pusat pengajian pondok. Perjuangan Tuan Guru tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan diteruskan oleh generasi kedua iaitu anak-anak al-Marhum. Sistem pondok (tradisional) merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam terdiri daripada Ulama’ terkemuka, samaada dalam bahasa melayu (tulisan Jawi) dan Arab, manakala sistem sekolah (moden) pula mengkombinasikan antara sukatan PSD sendiri dan sukatan pelajaran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Pondok ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 4 jun 1958M bersamaan 10 Safar 1378H oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman, Hamzah Bin Jusuh dan Haji Muhammad Bin Haji Ahmad. Pendaftaran Pondok ini dibuat di bawah MAIK dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan nombor 134 (dalam MAIK), 365/68 (kertas MAIK). Sebenarnya Pondok ini telah diasaskan di Bukit Enggong Guchil Kuala Krai pada tahun 1957. Ia dibina dengan pertolongan dan bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan dengan binaan daripada kayu tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hasilnya pembinaan Pondok itu berjalan dengan lancar walaupun tidak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan. Pada tahun 1958 pondok itu terpaksa dipindahkan dari Bukit Enggong di Guchil ke Kampung Sungai Durian Kerana tidak mendapat persetujuan Pegawai Daerah Kuala Krai, Dato’ Che Lah dengan alasan lokasi di situ tidak sesuai. Tetapi mengikut pendapat lain antara faktor utama ialah lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi bilangan pelajar bertambah. Dulu ianya telah dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar yang terletak di Kampung Sungai Durian sejauh 3 kilometer dari bandar Kuala Krai atau 66 kilometer dari bandar Kota Bharu. Pada peringkat awal ia hanya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas yang terdiri daripada 2 bilik ruang pejabat, dan satu bilik disediakan untuk ruang perpustakaan serta 8 bilik darjah dan bangunan kantin. Tetapi kini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang dapat menampung keperluan pelajar-pelajar dan penghuninya. Kawasannya dulu hanya 4 ekar, sekarang telah bertambah keluasannya kepada 12 ekar, hasil dari pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.
ü Sebab-Sebab Penubuhan
a) Bagi mengatasi kepincangan dan kerosakan akhlak masyarakat dan kehidupan beragama mereka.
b) Untuk melaksanakan tugas kewajipan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar di kalangan masyrakat.
c) Bagi menyediakan ruang kemudahan masyarakat mencari dan menambah ilmu pengetahuan agama.
ü Tujuan Penubuhan Pondok
Falsafah dan matlamat penubuhan Pondok Sungai Durian adalah seperti berikut:
Untuk melahirkan satu generasi dari umat Islam yang boleh dan mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah SWT dan juga khalifah di muka bumi ini.
a) Memberi pendidikan kepada pelajar-pelajarnya ilmu yang boleh membawa mereka mengenali Allah SWT pada tahap yang dikehendaki oleh syariah Islam. Mengenali hakikat alam ini serta hakikat insan.
b) Untuk mendidik akal dan hati supaya memiliki ciri-cirinya yang sebenar yang diperlukan oleh sebuah masyarakat yang mana merupakan paksi yang kukuh dalam pembentukan peribadi muslim yang hakiki lagi berwibawa.
c) Untuk melahirkan para ilmuan yang mempunyai keperibabrian yang bersepadu, dengan itu maka mampu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan masyarakat melalui acuan-acuan Islam yang sebenar.
2. BERSENDIRIAN MENTADBIR PONDOK
Pondok Sungai Durian adalah sebuah institiusi pengajian sekolah pondok persendirian yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Kelantan. Ianya ditadbir secara bersendirian dan tidak tertakluk kepada mana-mana badan swasta ataupun kerajaan. Ia hanya ditadbir oleh seorang Tuan Guru dan beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik oleh beliau sendiri. Walaupun begitu Tuan Guru mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran. Boleh dikatakan inilah cara pentadbiran mana-mana institiusi pengajian sekolah pondok samaada di Kelantan atau tempat-tempat lain.
ü Ahli Jawatankuasa Tadbir semasa Tuan Guru
Bagi memastikan pentadbiran PSD berjalan dengan lancar, pada 8 Januari tahun 1973 satu Jawatankuasa Tadbir telah dilantik oleh pihak PSD secara rasmi dan telah disahkan oleh Majlis Agama dan Adat Isti‘adat Melayu Kelantan. Ahli Jawatankuasa Tadbir dengan keanggotaan seperti berikut: Pengerusi Ibrahim Bin Ya‘cub, Naib Pengerusi Hamzah Bin Jusuh, Setiausaha Tuan Guru sendiri, Pen.Setiausaha Ramli Bin Abu Bakar, Bendahari Ismail Bin Sulaiman, Pemeriksa kira-kira Abdul Rasid Bin Taib dan Yahya Bin Muhammad, dan Ahli Jawatan Kuasa Hj Sukri Bin Hj Yusuf, Abdul Ghani Bin Ahmad, Hj Tahir Bin Yahya, Idris Bin Hj Omar, Syed Nur Bin Hj. Che Ahmad dan Che Husen Bin Muhammad.
ü Murid –Murid Dan Syarat Kemasukan
PSD mengadakan syarat-syarat khusus bagi setiap pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian di PSD. kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti pengajian di sini ialah sekurang-kurangnya tamat sekolah rendah ataupun sekadar boleh membaca dan menulis, berumur tidak melebihi 18 tahun, mana-mana pelajar yang berumur 18 tahun ke atas akan diterima dengan syarat khusus. PSD akan memantau dalam tempoh dua minggu, sekiranya tidak meragukan, pihak PSD akan menerimanya sebagai pelajar rasmi. Apa yang pentingnya ialah minat dan kesungguhan pelajar untuk mendalami ilmu dan sanggup mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak PSD. Walau bagaimanapun pihak pentadbir telah menetapkan setiap pelajar yang ingin memasuki PSD ini terlebih dahulu diuji samada dalam dalam bentuk lisan atau bertulis. Aspek yang ditekan dalam ujian tersebut ialah kemampuan menguasai al-Quran dan tulisan jawi. Setelah berjaya dalam ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan di peringkat yang sesuai dengan kemampuan yang ditunjukkan.
ü Disiplin dan Peraturan
Bagi memastikan keadaan pelajar terkawal dan pelajaran berjalan lancar, beberapa peraturan telah diadakan. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan tersebut. Setiap kesalahan yang dilakukan dengan sengaja akan dikenakan tindakan yang telah diputuskan oleh pihak pentadbir. Peraturan ini meliputi aspek ibadat, di mana setiap penghuni PSD diwajibkan hadir bersembahyang secara berjama‘ah lima waktu di masjid. Begitu juga cara berpakaian, disiplin dalam pergaulan dan perhubungan dengan masyarakat luar. Kesemua disiplin-disiplin ini adalah berlandaskan ajaran Islam seperti berpakaian yang menutup aurat, tiada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam semua aktiviti.
ü Pakaian Seragam
Sesuai dengan keadaan PSD sebagai sebuah pondok madrasah yang ditadbir persendirian, semestinya ia mempunyai indentiti yang tersendiri dan bercirikan Islam. Ini jelas dalam pakaian seragam pelajar PSD. Semua pelajar diwajibkan mengenakan pakaian seragam sewaktu sesi persekolahan. Pelajar lelaki mesti berjubah dan berseluar putih dan berkopiah putih. Manakala pelajar perempuan pula diwajibkan memakai baju labuh (jubah) berwarna biru dan bertudung putih. Kesemua peraturan yang telah digariskan ini adalah bertepatan dengan ciri-ciri pakaian dan pendidikan yang disarankan oleh Islam.
ü Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Sistem secara tradisional (cara lama)
Sistem pengajian dalam bentuk ini amat diambil berat oleh pihak pentadbir, kerana ianya dianggap satu sistem yang amat berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Demi untuk memastikan para pelajar boleh menguasai pengajian itu, sistem ini mengambil kira beberapa faktor utama seperti:
Pertama: Teks pengajian mereka didedahkan dengan mempelajari kitab-kitab silam samaada yang dihasilkan oleh ulama’ di Nusantara atau ulama’ dari Timur Tengah.
Kedua: dari segi masa para pelajar diberi pengisian yang padat dan pengunaan masa amat terhad.
Ketiga: Begitu juga segala aktiviti mereka diawasi dan dipantau dari semasa ke semasa.
Kaedah pembelajaran tradisional :
Pertama: Mempelajari kitab-kitab silam. Kitab-kitab itu dibaca dari awal hingga akhirnya. Cara ini dibuat pada setiap matapelajaran.
Kedua: Setiap pelajar dibebankan supaya menghafal setiap matan dan mesti memperdengarkannya kepada guru masing-masing.
ü Masa dan Cara Belajar
Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu. Sistem ini berlangsung setiap hari dalam seminggu dan ia mempunyai jadualnya yang tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian ini diadakan di dalam masjid yang terletak di kawasan pondok.Cara pengajian aliran ini yang mana murid-murid akan membentuk halaqat-halaqat (bentuk bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, ataupun murid-murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu
2. Sistem secara moden
Pengajian secara kelas bermula dari kelas intiqaliyyah selama 6 bulan, 6 tahun ibtida‘iah, 3 tahun thānawiah dan 3 tahun āliah. Pengajian ini mengambil masa selama 13 belas tahun pada peringkat awal penubuhan sehinggalah Tuan Guru meninggal dunia. Sekarang telah diubah kepada 7 tahun sahaja tempoh pengajian,
ü Masa dan Cara Belajar
Persekolahan di PSD berjalan selama lima hari dalam seminggu. Bermula dari hari Ahad hingga hari Khamis. Setiap hari kelas akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari dalam jangka masa tersebut.
3. MENCADANG DAN MENGURUS PEMBINAAN BANGUNAN MARKAZ PAS KUALA KRAI
Bagi memastikan amalan dan ilmu Islam yang diajarinya dapat dipraktikan dalam setiap kehidupan masyarakat termasuk aspek politik yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan agama, maka tercetus difikiran Tuan Guru untuk mengada atau membina sebuah bangunan sebagai satu medan, ruang atau platform untuk merealisasikan hasrat itu. Justeru, pada awal tahun 80 an Al marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah mengambil tanggung jawab menulis satu kertas cadangan mengenai kos pembelian tapak, pembinaan dan kaedah kelancaran pembinaan sebuah bangunan yang dinamakan Markaz Pas Kawasan Kuala Krai sehingga siap tanpa penggunaan dan bebanan kos yang terlalu tinggi.
KESIMPULAN
1. Keikhlasan dan kesungguhan para ulama' terdahulu menjadi tunjang kepada kekuatan dan kegemilangan institusi pengajian pondok,
2. Keutuhan dan kemantapan akidah dan akhlak ummah akan terkawal jika institusi pengajian pondok dipertahankan,
3. Kesabaran dan ketabahan para pengasas pondok-pondok terdahulu memperjuang dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup melalui institusi pengajian pondok harus dijadikan panduan dan teladan,
4. Kelangsungan fungsi mulia institusi pengajian pondok akan terus terbela, jika pelbagai sektor masyarakat sama-sama membantu, berpadu tenaga serta berterusan memberi sokongan moral dan kebendaan.
SEBUT saja pondok terbayang rumah kecil beratap rumbia macam zaman dulu dengan kemudahan yang terhad. Begitu juga dengan pondok tempat pengajian ilmu agama, persepsi sama diberikan terutama dari segi infrastruktur.
Hakikatnya, pengajian pondok kini sudah melangkah ke fasa baru apabila sistem pendidikan serta kemudahan disediakan walaupun masih di belakang sistem sekolah berasrama penuh lain tetapi usaha dilakukan membolehkan pusat pengajian itu hampir menyamai sekolah asrama.
Contohnya, Pondok Sungai Durian (PSD) di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai yang baru menyambut Jubli Emas penubuhannya 4 Jun lalu. Daripada pondok berkonsepkan tradisional, Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian kini bertukar wajah.
Penasihat PSD, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, selaras perubahan masa dan keperluan pelajar, sudah tiba masanya sistem pondok yang ada sekarang ini diselaraskan dari aspek kurikulum dan sistem pelajaran.
Katanya, sistem lama seperti pengajian kitab dari kulit ke kulit masih perlu diteruskan tetapi menggunakan pendekatan baru dengan memperkenalkan peperiksaan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
"Sistem pondok tradisional ialah mengaji kitab lama dari kulit ke kulit tetapi sekarang ini tanpa sijil pelajar tidak boleh menyambung pengajian. Oleh itu, pengajian kitab lama perlu ada ujian atau peperiksaan untuk mendapatkan sijil.
"Sambutan kepada pengajian pondok tidak pernah ketandusan. Maknanya masyarakat memang mengiktiraf sistem pondok dan kerana itu saya sarankan kurikulum dan sistem pendidikan di pondok diselaraskan bagi kepentingan pelajar," katanya.
Beliau berkata, PSD melaksanakan dua sistem pembelajaran iaitu sistem pondok cara tradisional dan sistem persekolahan mengikut sukatan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Sistem pendidikan tradisional diberi perhatian penting oleh pentadbir PSD kerana sistem itu berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Sistem itu mengambil kira beberapa faktor antaranya teks pengajian daripada kitab silam dihasilkan ulama di nusantara atau ulama Timur Tengah.
Kaedah pembelajaran tradisional ialah membaca kitab dari awal hingga akhir pada setiap mata pelajaran dan setiap pelajar diwajibkan menghafal matan serta mesti memperdengarkan kepada guru masing-masing.
Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu setiap hari mengikut jadualnya tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian diadakan dalam masjid pondok.
Cara pengajiannya, murid-murid akan membentuk halaqat (bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, atau murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu.
Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan moden yang diperkenalkan PSD berjalan selama lima hari seminggu bermula dari Ahad hingga Khamis. Setiap hari kelas bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari.
Katanya, pelajar akan mengikuti tujuh mata pelajaran dalam kelas menggunakan sukatan pelajaran disediakan YIK dan pihak PSD juga membuat sedikit tambahan dalam sukatan berkenaan untuk mengimbanginya dengan sukatan pondok.
Secara keseluruhannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah itu dibahagikan kepada tiga kategori umum iaitu Bahasa Arab, bahagian agama dan am.
Pelajar PSD akan menduduki tiga peperiksaan dalam setahun kerana PSD juga mengeluarkan sijil kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir sesi pengajian (Shahadah Thanawiah). Di samping itu, pelajar tingkatan empat diwajibkan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU) yang dikelolakan YIK.
"Cuma untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kita akan minta pelajar mendudukinya secara persendirian. Syukur, kebanyakan pelajar PSD yang mengambil peperiksaan SPM secara persendirian lulus dengan baik," katanya.
Beliau berkata, sambutan terhadap pelajar pondok tidak pernah ketandusan dan itu adalah bukti jelas menunjukkan orang ramai masih percaya terhadap sistem pendidikan yang dijalankan di pondok di seluruh negara.
Permintaan terhadap graduan lulusan pondok untuk berkhidmat sebagai imam, pendakwah dan guru agama membolehkan pelajar sekolah pondok mengembangkan kerjaya sebaik mereka menamatkan pengajian.
PSD menerima pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun yang berhajat menimba ilmu pengetahuan di sana. Hingga kini, ada 600 pelajar di PSD dan 350 daripadanya adalah pelajar umum.
Mengimbau sejarah penubuhan PSD yang diasaskan Allahyarham Abdul Rahman Sulaiman pada 4 Jun 1958, pondok binaan kayu itu awalnya dibina dengan bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan tanpa sebarang bayaran.
Asalnya pondok itu mula beroperasi di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke Kampung Sungai Durian kerana lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi dengan bilangan pelajar semakin bertambah.
Pada peringkat awalnya, PSD hanya terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas dua ruang pejabat dan perpustakaan serta lapan bilik darjah dan kantin. Kini, PSD dilengkapi kemudahan asas yang boleh menampung keperluan pelajar dan penghuninya.
Kawasan yang dahulunya hanya empat ekar, kini bertambah 12 ekar hasil pembelian tanah daripada jiran sekitar pondok. Sekembalinya Abdul Rahman Sulaiman ke rahmatullah, pentadbiran PSD diteruskan oleh generasi kedua (adik serta anak-menantu Allahyarham).
Selepas 50 tahun beroperasi, PSD melangkah maju ke depan dan mampu berdiri sebagai salah satu pusat pengajian tradisional yang masih bertahan sehingga sekarang. PSD turut menjalinkan hubungan dengan institusi pendidikan lain antaranya Kolej Sultan Ismail Petra, Kolej Darul Ulum di Kedah, Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah di Terangganu dan Universiti Al-Madinah Antarabangsa (Mediu) di Shah Alam.
Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan pondok sekarang ini melengkapi kekurangan yang ada terutama bagi mereka yang ingin belajar kitab dan mendalami ilmu agama dalam suasana lebih sistematik serta selesa.
Justeru katanya, PSD sentiasa berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur seperti menyediakan kemudahan asas bagi pelajar setanding sekolah berasrama lain yang mendapat bantuan kerajaan.
Aku x tahu la pulak pada tanggal 16 Julai 2009, tempat yang aku menuntut ilmu selama 7 tahun nie, telah membuat satu majlis perletakan batu asas untuk pembinaan asrama pondok yang baru.
Maklum la kat pondok aku tu dah lama sangat berhajat untuk nak mendirikan asrama baru sejak aku masih belajar kat pondok lagi tau, tapi alhamdulilah pada yang tarikh bersejarah tu, tercapai jugak hajat untuk pembinaan asrama tersebut dengan dirasmikan oleh Tok Guru Menteri Besar Kelantan.
Semalam jam menunjukkan pukul 9.30 malam, x tahu r nape tiba2 jer aku teringat kat kawan aku yang g demo ISA, x tahu r nape tiba2 jer rasa lain..Aku mengambil keputusan untuk menelefon dia, bila aku mendengar suara dia macam kesedihan jer, aku terus bertanya " kenapa min? ", dia gatu aku sekarang dia duk kat lokap, mungkin kul 12 t/malam nanti baru dapat kuar, aku terus tergaman apabila dia gtau aku macam 2...
Pagi tadi aku menefon dia untuk bertanya khabar macam mana keadaan dia sekarang? Alhamdulilah dia gtau semuanya dah selamat...mungkin 2 hari lagi dia sampai la kat asrama, kita sama2 la berdoa agar sape2 yang berada di jalan kebenaran semoga Allah s.w.t memberkati perjuangan mereka.
Maklum la untuk mendapat syurga Allah s.w.t bukannya senang, sedangkan sahabat2 Rasulullah s.a.w pun berjuang di medan jihad, ada yang syahid di situ selalu, ala kulli hal aku berdoa agar Allah s.w.t memberi mereka kekuatan yang kuat seperti para sahabat Rasulullah s.a.w.
W/pun aku x sempat g ke sana bersama sahabat2 seperjuangan disebabkan amanah yang terpaksa aku pikul untuk konvokesyen dan juga seminar feqh semasa tapi aku ingat la doa aku bersamamu....Takbir!!!aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7480987128565206755.post-22759197082329113222009-07-31T21:03:00.000-07:002009-07-31T21:17:56.349-07:00Sejarah MasjidMasjid pertama
Ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
Saat ini, Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid tersuci di dunia.
Penyebaran masjid
Masjid kemudian dibangun di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara.Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit.Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak menirukan reka bentuk Visigoth, tetapi menirukan reka bentuk bangsa Moor.Para ilmuwan kemudian memperkirakan bahwa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.
Masjid pertama di China berdiri pada abad ke 8 Masehi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali di diubah pada abad ke 18 Masehi, mengikuti seni bina Cina. Masjid di bagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, dimana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan, di timur Cina, seperti di daerah Beijing, mengandung seni bina Cina.
Masjid mulai masuk di daerah India pada abad ke 16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.
Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, dimana pada saat itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki adalah Aya Sofya(Hagia Sophia), dimana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sofya merupakan sebuah katedral.
Kesultanan Uthmaniyah memiliki karakteristik seni bina masjid yang unik, terdiri dari kubah yang besar, menara dan bagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Usmaniyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara shaf-shaf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid.Sampai saat ini, Turki merupakan rumah dari masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyyah.
Secara bertahap, masjid masuk ke beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah, seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.
Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke 20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Serikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangun pada kurun akhir 1920an. Bagaimanapun, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Dimana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% dari jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat didirikan.aljabawi88http://www.blogger.com/profile/15753250788638438490noreply@blogger.com1