Sabtu, 11 Julai 2009

Disunatkan puasa 12hb juLai 2009

Maklum la sibuk sikit hingga x iNgat nak kabO, eSok pada tanggal 12hb julai 2009 kita umat islam ( semua ahli PAS ) di mintak sangat2 puasa sepertimana yang disarankan oleh " 2 orang tok guru " kepada sape2 yang bersimpati dengan perjuangan Islam.

Pada malamnya, kita diminta bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang dan besar kepada calon PAS ( N41 ) ABE UJI dalam pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai nanti,iNsyaallAh...................amiN.

Khamis, 9 Julai 2009

Bangga Dr. Al Madani ustaz aku

Nak cite sikit nie, baru2 nie adalah member aku tanye sape Dr.Abdul Basit Al Madani iaitu ahli panel untuk persidangan fiqh semasa yang akan di adakan di kota bharu hujung bulan nanti, apa lagi aku berbangga la sebab Dr. Abdul Basit Al Madani 2 ustaz kegemaran aku masa aku belajar kat pOndok,,kih3x.........maaf r aku xde nape nak taip sebenarnya tapi g2 la mamandangkan aku cukup2 bOring sangat2,, :-(

Teringat kat Ummi loR...........

alhamduliLah sumey dah settLe peKse kat kuDqi dan bahas sTam dengan adanya pertolongan Allah s.w.t tapi sedih la juga member2 aku yang lain dah mula bercuti panjang tapi aku tetap still kat asrama sebab ada kijo yang berbaki lagi yang perlu aku settle kan ....tapi x tahu la nape jer pagi nie aku teringat kat ummi ek?????????????xde orang lain yang bese aku mengadu tentang sesuatu masalah kecuali ummi, dia la ibu dan ayah sejak abah meninggalkan aku pada usia 5 tahun.

Ahad, 5 Julai 2009

Bersyukur bahas STAM diterima

Alhamdulilah aku bersyukur ke hadrat illahi sebab bahas STAM aku diterima oleh pihak MTT dan juga SMASZA batu buruk tapi x sedap la juga pada member2 aku yang lain bahas dorg tersangkut tapi bese la 2 setiap manusia nie x lari dari kesalahan dan juga kesilapan, mungkin betul la juga kata ustaz aku kat pondok dulu,, dengan kesalahan dan juga kesilapan yang membuatkan diri kita semakin matang dan berhati2 dengan sesuatu perkara di kemudian hari nanti.hehehehehehe.ala kulli hal aku doakan pada member2 aku yang amik STAM pada tahun ini berjaya... Amin

Sabtu, 4 Julai 2009

10 Wasiat Imam Hasan Al Banna

Imam Syahid Hasan Al-Banna merupakan seorang ulama Islam yang memiliki pengaruh besar di Abad ini. Gerakan dakwah Al-Ikhwanul Muslimin yang dipimpin beliau terbukti memberikan kontribusi besar bagi kebangkitan Umat Islam dari tidur mereka yang panjang. Sebagai qiyadah jamaah dakwah, Imam Hasan Al-Banna telah menjadikan gerakan dakwahnya sebagai sebuah organisasi yang dinamis dan aktif dalam melakukan perubahan di tengah-tengah umat di seluruh dunia. Karana fikrah ikhwaniyah yang dilontarkan Imam Syahid mudah diterima dan menjadi pegangan bagi para mujahid di seluruh medan dakwah. Dalam mengarahkan para ikhwah untuk lebih giat berdakwah, Imam Syahid sering memberikan wejangan yang amat praktis dan mudah diamalkan. Di antaranya adalah yang dikenal sebagai 10 wasiat Hasan Al-Banna dengan ini insyaAllah saya cuba lampirkan nanti 10 Wasiat Imam Syahid iaitu seorang tokoh besar di dalam perkembangan gerakan dakwah Al-Ikhwanul Muslimin.

  1. Bangunlah segera untuk melaksanakan solat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanmu.
  2. Baca, telaah, dan dengarlah Al-Qur-an, berzikirlah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada faedahnya
  3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
  4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang percakapan karana hal itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak tertawa, sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (berzikir) adalah tenang dan tenteram.
  6. Jangan suka bergurau, karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus menerus.
  7. Jangan meninggikan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karana hal itu akan mengganggu dan menyakiti.
  8. Jauhilah ghibah (menggunjing) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
  9. Berkenalanlah dengan saudaramu yang engkau temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan taawun (kerjasama).
  10. Pekerjaan rumah (PR) kita sebenarnya lebih bertumpuk daripada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai keperluan maka sederhanakan dan cepatlah diselesaikan.

5 Wasiat dari Allah S.W.T Rasulullah S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan
lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan duniaA
ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan
mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu
adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan
kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan
agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Jumaat, 3 Julai 2009

Salam Imtihan

Salam..nie hari kedua blog aku ditubuhkan, tambahan pula sekarang aku sedang berjihad dengan medan peperiksaan di kolej aku..mintak2 aku dan member2 yang lain dapat naik tahun 3 nanti, harap2 dorg dapat naik la dengan adanya pertolongan daripada Allah S.W.T.........takut la juga kot2 sorg jer orang laki yang naik... InsyaAllah.
Salam mesra